Thursday, October 15, 2009

Judul-judul Terjemahan yang Akan Diterbitkan oleh PTS

Pengurus anak syarikat PTS Profesional Sdn. Bhd., Tuan Muhd. Aizat Abd. Razak memberitahu bahawa PTS akan menambah jumlah penerbitan buku-buku motivasi, pengurusan, bisnes dan parenting dengan menterjemah.

Judul-judul buku terjemahan yang akan terbit pada 2009 adalah:

1. The Leader in Me - Stephen R. Covey
2. The Magic of Thinking Big - David Schwartz
3. How to Win Friends and Influence Other People - Dale Carnegie
4. Law of Connection - Micheal J. Losier
5. The E-Myth Revisited: Why Most Small Businesses Don't Work and What to Do About It - Michael E. Gerber
6. Start Where You Are - Chris Gardner

Judul-judul yang akan terbit pada tahun 2010 adalah:

1. How to Get From Where You Are to Where You Want to Be - Jack Canfield
2. Think and Grow Rich - Napoleon Hill
3. Science of Getting Rich - Wallace D. Wattles
4. Change Your Thinking, Change Your Life: How to Unlock Your Full Potential for Success and Achievement - Brian Tracy
5. Winning Attitude - John C. Maxwell
6. Think Like Da Vinci: 7 Easy Steps to Boosting Your Everyday Genius- Gelb, Michael
7. Tough Times Never Last, But Tough People Do! - Robert H. Schuller
8. Rich Dad's Increase Your Financial IQ: It's Time To Get - Kiyosaki, Robert
9. The Power of Less - Leo Babauta
10. Guerrilla Marketing for Writers: 100 Weapons to Help You Sell Your Work
11. 500 Tips for Teacher - Sally Brown
12. 7 Habits of Highly Effective People - Stephen Covey
13. Use Both Sides of Your Brain - Tony Buzan
14. The Mind Map book - Tony Buzan
15. Make the Most of Your Mind - Tony Buzan
16. Outliers - Malcom Gladwell
17. Why We Want You to be Rich - Donald J. Trump, Robert T. Kiyosaki
18. Lords of The Rim - Sterling Seagrave
19. The Essay of Warren Buffet
20. New babycare: A practical guide to the first three years - Dr Miriam Stoppard
21. Healthy Pregnancy - Dr Miriam Stoppard
22. New Pregnancy and Birth: A practical guide for all parents to be - Dr Miriam Stoppard
23. Top 100 Baby Purees: 100 quick and easy meals for a healthy and happy baby - Annabel Karmel
24. The Wall of Fools - Takeshi Yoro
25. Massaging Your Baby: The joy of touch therapy - Elaine Fogel Schneider

Menurut Tn. Aizat lagi, PTS Professional sedang menguruskan proses pelesenan judul-judul lain yang juga popular dalam pasaran supaya setiap bulan beliau dapat membekalkan kedai-kedai buku dengan judul-judul terjemahan bagi memenuhi permintaan golongan profesional.

Tuan Nazrul Samsudin, Ketua Unit Internet Marketing PTS memberitahu buku-buku pengurusan dan bisnes banyak dibeli melalui kedai buku online PTS, BookCafe. 

Beliau juga mengatakan, buku-buku terjemahan yang dicetak 3 ribu naskhah dapat dihabiskan dalam tempoh setahun, ataupun lebih cepat daripada itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: AHAD 1 November 2009: Bengkel KJ Method untuk Penulis Fiksyen Previous entry: Pertanyaan tentang Syarat Menjadi Penterjemah
Rihan  on  10/15  at  03:53 PM

Asalamualaikum, Puan Sifu.

Adakah judul-judul yang akan terbit pada 2010 tersebut sudah mempunyai penterjemahnya? 

Buku terjemahan Science of Getting Rich karya Wallace D. Wattles sudah ada (http://www.ilmumenjadikaya.com).
Pada pandangan saya sebagai pembaca biasa, kualiti terjemahannya agak bagus.

IbnuSalleh  on  10/16  at  04:34 PM

Bismillah

Lambatnya nak tunggu 2010. Saya tidak sabar hendak baca karya-karya edisi bahasa melayu. Bukan apa, kalau baca edisi bahasa inggeris, saya sukar hendak membayangkan apa yang saya baca dan proses adaptasi ilmu juga menjadi lambat. Bila saya baca di dalam bahasa melayu, ianya kekal lama di dalam ingatan dan saya boleh menghabiskannya di dalam masa beberapa jam sahaja. Sebagai contoh, tiga karya sherlock holmes terjemahan PTS saya habiskan dalam masa 3 jam sahaja.
Kalau dalam bahasa inggeris, saya terpaksa gunakan kamus dan bahasa yang berbunga-bunga di dalam bahasa inggeris sukar untuk difahami. Lagipun saya baca bukan untuk menguasai bahasa inggeris, tetapi untuk menghiburkan hati dan menguasai ilmu. Jadi saya harap PTS dapat menerbitkan semua karya-karya popular antarabangsa dengan kadar yang pantas agar kami tidak ketinggalan. Lagi satu, kalau boleh karya popular daripada bahasa cina pun diterbitkan.

Ibnu Salleh

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/07  at  11:05 PM

kat mana nak dapat terjemahan buku-buku tersebut

Hadi Rofiee  on  08/01  at  08:41 PM

Salam sejahtera. Kini sudah 2010. Saya amat berminat untuk mendapatkan beberapa buah buku terjemaha seperti yang disebutkan. Adakah ianya sudah diterbitkan? wink

T/Kasih.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: