Friday, July 11, 2008

KOMPLEKS SUKAN, KELANA JAYA: Malam Ini!

Sempena majlis melancarkan Badan Seniman Paksi Rakyat (PAKSI), Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan akan menyampaikan syarahan umum seperti berikut:

Tarikh: Jumaat Malam Sabtu 18.07.2008

Tempat: Dewan Seri Delima, Kompleks Sukan KELANA JAYA (boleh muat lebih 1,000 hadirin)

Waktu: 8.30 malam

Majlis adalah terbuka dan percuma

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(12) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sifu Endorse Previous entry: Khutbah Jumaat PTS: Aktiviti Kem Motivasi yang Syariah-Compliant
Web Sutera  on  07/09  at  08:58 PM

Bila lagi PTS ingin terbitkan buku-buku ulamak ini? Saya selalu membelinya. Mesti laku keras kalau PTS terbitkan. Elok PTS suarakan hasrat ini kepada TG Nik Aziz, sementara TG masih sihat.
http://pasalbuku.blogspot.com
http://themakan.blogspot.com

 on  07/11  at  08:07 AM

Assalamualikum Puan,
Mohon diberi pengetahuan berdasarkan permasalahan misalnya,seandainya tidak terikat dengan apa-apa perjanjian yang ditanda-tangani bagaimanakah boleh sesuatu itu dipindah-milikan?

Adakah perjanjian boleh dibuat atas lafaz sahaja atau tafsiran berdasarkan andaian-andaian bisu?

Benarkah perjanjian adalah bermaksud menghalang menghindari mengelakkan dari berlakunya penguasaan satu pihak ke atas satu pihak yang lain yang wajar diberi peringatan bahawa perjanjian meskipun di antara manusia ia tetap saling disaksikan oleh Allah?

Misalnya penggunaan blog sebagai kaedah perkongsian maklumat informasi dunia hari ini bagaimanakah maksud ‘kebebasan memilik’ yang lazimnya difahami ia dimiliki oleh Tuan Rumah yang kaya(bermodal?)yang teralpa bahawa kehadiran penulis blog antara menjadi punca nama Tuan Tanah lebih ‘establish’, isunya siapa yang berahsia dan tidak memelihara kerahsiaan?
Pemahaman cetek saya Tuan Rumah yang sedia kaya mengaktakan peraturan dan undang-undang secara umum sahaja yang tidak difahami oleh penggunanya (misal haruskah ada iklan-iklan untuk memastikan tempuh hayat blog berterusan/perlukah wujud pertandingan yang dihitung kunjungan yang natijah apakah ingin disasarkan), isunya siapakah yang melindungi hak-hak begini andai undang-undang perisikan tidak dimiliki oleh kebanyakan negara,isunya apakah maksud keluasan sempadan jalur lebar interaktif alam siber dan siapakah yang tahu kewujudan ‘latihan bimbingan bantuan teknikal’ yang aktivitinya mengimbuhkan pendapatan untuk diraih oleh tuan/puan yang kaya ini?
Seandainya ‘penyewa-penyewa kecil’ ini tidak mampu berorganisasi upayakah penggabungan 5 negeri melaksanakannya dengan memiliki medan interaksi sendiri dalam usaha mengkreatifkan bidang kajian pembangunan perhubungan di kalangan warga?

 on  07/11  at  09:19 AM

Tak faham.

????

anti-orang-over  on  07/11  at  03:24 PM

Teja!

Benarkah perjanjian adalah bermaksud menghalang menghindari mengelakkan

“menghalang menghindari mengelakkan” Berapa kali kau nak ulang benda yang sama?

Nak kena pelakung budak ni! Dah besar pun BM tak lepas lagi. Boleh tak jangan ‘over’ dalam berbahasa?

Benda mudah jangan nak susah-susahkan!

 on  07/11  at  03:57 PM

Maksud Teja, kalau natijah makan ayam, jangan pula kita makan lembu. kalau kita makan lembu jangan pula natijahnya makan ayam.

eh, aku pun dah pening.

 on  07/11  at  05:55 PM

Jadi anti orang over dan anti ayam inilah pengaut kesemua sms saya yang ditujukan kepada frekuensi di sini/ menjalinkan hubungan komunikasi tanpa pengetahuan saya dengan memantau kesemua sms saya dengan keluarga?

White Rabbit maksud saya adalah media juga berperanan untuk melaksanakan kewajipan bertanggungjawab warga pada tanah air dengan mengasingkan kepentingan dengan memberikan lebih kesempatan diketahui punca-punca penyelesaian masalah tidak sekadar menjadi penghubung yang menjalinkan generasi muda dengan peluang diraih pekerjaan dan disandarkan isu keselamatan untuk penjanaan keuntungan.
Warga muslim yang tidak dilahirkan sebagai muslim kini lebih berperanan menginteraksikan Timur dengan Barat kerana pendidikan memajukan keberdayaan untuk minda lebih kreatif berasa bebas jiwa dan merdeka raga namun masih memerlukan pendorongan iman dari asas akidah sebagai faktor utama penyatuan ummah.
Malang sekali penerapan nilai-nilai tidak menyebatikan iman untuk beramal dan hadhari pula mengelirukan akidah untuk dihayati ilmu itu dorongan iman yang mengukuhkan amalan.
Saya masih rendah ilmu dan iman kerana itu terlalu banyak soalan diujarkan.

 on  07/11  at  07:57 PM

Teja, saya masih tak faham.

Kata Teja “Saya masih rendah ilmu dan iman kerana itu terlalu banyak soalan diujarkan.’

Kata Nabi, “Permudahkan jangan disusahkan.”

Jika mahu tanya soalan.

Satu ayat ringkas satu soalan.
Fokus satu isu jangan berjela-jela.

Teja tidak dapat jawapan jika terus berdegil dengan cara ini.

Teja hanya buang masa jika aju soalan begini. Puan Ainon tak akan jawab.

Teja mungkin baru belajar bahasa Melayu dan bukan Melayu, mungkin baru belajar sedikit-sedikit. Tak apa, cuba lagi.

Ingat Teja,

Kata Nabi, “Permudahkan jangan disusahkan.”

Jika mahu tanya soalan.

Satu ayat ringkas satu soalan.
Fokus satu isu jangan berjela-jela.

anti-orang-over-lagi-degil  on  07/11  at  08:32 PM

Saya sokong White Rabbit.

Teja, berubahlah. Aku memang geram lama dah dengan kau.

Dulu tegur baik-baik kau tak nak dengar. Nak tunggu orang marah dulu…

Kalau nak jadi ‘saya budak baru belajar’ tu, dengar la teguran orang. Janganlah sampai orang naik angin.

‘Over’ menunjukkan kelebihan yang baik tak apa. Tapi ‘over’ menyalahgunakan bahasa jangan.

Permudahkan ayat. Jangan degil, jangan pandai cakap soal iman itu ini, soal Islam itu ini, tapi diri sendiri macam tu juga.

Dah memang ketara sangat salahnya, bila orang tegur, bukan sekali dua, dibuatnya lagi. Siapa tak marah? Siapa tak angin.

Kita tegur untuk kebaikan, tapi bila awak buat juga, dah bertahun-tahun jugalah rasanya, kita pun dah mula angin la…

Faham-fahamlah Teja. Kita memang nak tengok awak menulis pakai bahasa yang mudah, ayat yang mudah.

 on  07/12  at  01:45 AM

Assalamualaikum

Sabar! Bawa banyak selawat. Tak baik gaduh2.

Pemilik laman web tak tegur apa pun, kenapa kita sama-sama pelawat pula ‘lebih panggang dari api’. Malu dengan Puan Sifu. Malu dengan mereka yang ikhlas melawat laman web untuk menuntut ilmu.

Setiap gaya tulisan ada kelebihan/kekurangannya. Setiap penulis ada seninya. Cara mudah, kalau tak suka jangan baca. Skip. Mudah kan?

Wassalam

 on  07/12  at  08:22 AM

Assalamualaikum,
Saya tidak berkecil hati pun samada ada yang mahu membalas atau tidak kerana niat saya hanya mahu memahami dan menumpang mendapatkan pengetahuan.
Saya cuma belajar dari pertanyaan.
Cuma saya ingin bertanya mungkin yang berada di sini mempunyai gelar isteri dan ibu,mungkin juga suami dan bergelar bapa dan mungkin juga anak-anak yang mahu berguru cuma andai kata disuakan kata pelangkung yang bermakna pelempang dan sebagainya,andai kata ia ditujukan kepada suami/bapa/ibu/isteri,tentulah ia tidak manis di dalam budaya agama kita.
Saya tidak kisah perkara kecil seperti ini kerana bersangka baik bahawa di sini tempat berkumpulnya ilmuan yang mempunyai niat yang jujur.
Terima kasih kerana selama ini saya banyak mendapat pengetahuan di sini dan meminta dihalalkan pengambilannya sekiranya tidak mendapat keizinan.
Isu bahasa,sememangnya saya masih gagal untuk mengetahui tata nahu bahasa yang betul kerana masih menghayati tat nahu bahasa 30 tahun yang lampau.
Apa pun terima kasih kerana menyatakannya.

 on  07/12  at  09:33 AM

Teeja,

Saya yakin ramai nak membantu, tetapi jika mereka tak faham soalan bagaimana nak membantu?

Macam Teeja cakap, nak belajar daripada pertanyaan. Jadi Teeja mula dengan soalan pendek-pendek.

Insya Allah, jika kita semua faham lebih cepat kita semua respon.

Apa pun Teeja kena berlatih dengan mula menulis pendek-pendek. Selagi tak cuba, Teeja akan tidak difahami dan soalan Teeja tak terjawab.

 on  07/18  at  08:42 AM

Assalamualaikum wm wb

Mohon disemak semula lokasinya. Kalau tidak silap saya bukan di Shah ALam, tetapi di kelana Jaya.

Wassalam

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: