Jumlah Cetakan dan Kulit Buku
Buku yang dijual di kedai-kedai buku adalah barangan konsumer. Pembeli barangan konsumer mempunyai citarasa yang suka berubah-ubah. Oleh itu kulit buku perlu berubah-ubah bagi memenuhi citarasa pembeli buku.
Pemilik kedai buku mahukan supaya setiap tahun kulit buku berubah-ubah disebabkan faktor pembeli yang mahukan desain-desain baru setiap tahun.
Bagi buku-buku yang laku 2 ribu naskhah setahun, cetak 2 ribu naskhah sahaja, supaya cetakan itu habis terjual dalam tempoh 1 tahun. Tahun hadapan, cetak semula buku itu dengan kulit baru!
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Menukar kulit baru untuk cetakan terbaru memang ada baiknya. Tetapi ada juga ‘bahaya’nya apabila pembeli tidak berhati-hati.
Seorang pelanggan kedai buku saya “bising-bising” apabila dia ‘terbeli’ buku yang sama. Dia menyangkakan penulis kesayangannya menulis buku yang baru kerana kulit bukunya yang berbeza. Oleh kerana buku itu di ‘shrinkwrap’ beliau tidak dapat memeriksa isi kandungannya. Pulang ke rumah, barulah dia perasan rupa-rupanya buku itu adalah cetakan semula dengan kulit baru. Terpaksalah saya melayan permintaannya untuk menukar buku yang lain…
Saifuddin.
Kemaman.
——-
Post a comment