Jumlah Watak Utama dalam Novel Konvensioal, Jumlah Watak Utama dalam Novel Aliran Baru
Dalam cerita-cerita dan novel konvensional, cuma ada satu orang hero. Hero adalah watak utama. Watak-watak lain menjadi watak kecil, watak sampingan, watak pembantu.
Dalam Hikayat Hang Tuah, heronya adalah Hang Tuah. Dalam novel Salina, heronya adalah Salina.
Dalam cerita-cerita non-konvensional, jumlah watak utamanya lebih daripada satu.
Perbezaan ini dapat diibaratkan dengan perbezaan antara permainan bola sepak cara konvensional dengan permainan 'total football'.
Pada permainan bola sepak konvensional dalam pasukan hanya ada 1 orang striker. Dalam total football, ada 11 striker.
Kelebihan cerita yang mempunyai banyak hero adalah:
(1) Apabila banyak hero dalam sebuah novel, plot dan subplot cerita menjadi lebih kompleks. Plot kompleks adalah ciri cerita yang berkualiti. Pembaca pintar suka plot kompleks.
(2) Jumlah hero yang banyak membolehkan cerita mudah dikembangkan menjadi bersiri-siri, baik siri itu diterbitkan sebagai buku mahupun siri telenovela dan animasi.
Nota: Bagi mentee-mentee yang sedang menulis novel untuk PTS, cara menjadikan seseorang watak itu watak utama adalah dengan menambahkan jumlah kad-kad bagi setiap watak. Semakin banyak jumlah kad yang dibuat bagi watak itu maka semakin penting peranan watak tersebut.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan, saya bersetuju dengan pendapat ini.
——-
Ajarkan kami dengan teknik penggunaan kad.
Salam sifu,
Ada atau tidak jumlah maksimum untuk watak utama?
Puan Sifu yang dikasihi,
Pada pemahaman saya, cipta banyak watak yang menyumbang kepada konflik atau permasalahan kepada watak utama begitu ke Puan Sifu? Atau, ada watak-watak yang konfliknya boleh berjalan sendiri tanpa mengganggu jalan cerita utama?
Sekian terima kasih.
Ah! Kalau begini kita perlukan bengkel penulisan plot dan subplot novel.
Dalam surah Yusuf, ada 1 plot utama, ada 5 sub-plot. Plot adalah cerita yang ada permulaan dan ada akhirannya.
Subplot adalah “cerita-dalam-cerita” - yakni plot-dalam-plot.
Macam plot, subplot adalah cerita lengkap juga, ia ada permulaannya dan ada akhirannya. Subplot boleh ‘dicabut’ dari dalam cerita utama dan ia dapat berdiri sendiri.
Puan Sifu,
Berapa jumlah watak utama yang sesuai? Boleh ke watak yang jahat menjadi watak utama?
Boleh ke (SALAH) = Bolehkah (BETUL)
Watak jahat menjadi salah satu daripada beberapa watak utama.
Maaf Sifu!
Post a comment