Monday, May 25, 2009

Kalau Mahu Maju dalam Bisnes, Jangan Bersaing

 
Axiom, ejaan Melayunya aksiom, adalah kata-kata orang biasa yang sangat diketahui ramai dan dipercayai sebagai sesuatu yang benar.

Salah satu aksiom dunia bisnes  yang sering kita dengar adalah: Kalau mahu berjaya dalam bisnes, kita mesti belajar bersaing dan mesti pandai bersaing.

PTS adalah sebuah syarikat yang tidak menganuti aksiom 'Kalau mahu berjaya, kita mesti bersaing.' Pendek kata, PTS adalah sebuah syarikat yang tidak percaya kepada persaingan.

Kita tidak berpegang pada konsep bersaing kerana kita belum berjumpa dengan nas yang mengatakan 'kalau mahu berjaya dalam perniagaan, kita mesti belajar bersaing dan mesti pandai bersaing'.

PTS percaya kepada konsep bisnes dalam Islam, yakni konsep 'berlumba-lumba'.

Konsep berlumba-lumba sangat berbeza daripada konsep bersaing. Bersaing bermakna mendapatkan kemenangan dengan cara mengalahkan orang-orang lain. Berlumba-lumba bermakna tidak ada yang kalah, yakni semua orang menang, cuma siapa yang lebih menang, itu sahaja. 

Inilah faktor yang mendorong TimPTS sentiasa memberikan kerjasama kepada sesiapa sahaja demi membantu bisnes mereka supaya berjaya.

Inilah juga yang menyebabkan kita membuka blog UNIVERSITI TERBUKA PTS (UnikaPTS) di mana saya menuliskan pelbagai pengetahuan dan maklumat yang dikumpulkan dan dipunyai oleh pegawai-pegawai PTS berkenaan bisnes penerbitan buku Melayu.

Tujuan UnikaPTS adalah membantu penerbit-penerbit lain mengembangkan perniagaan mereka, supaya dengan itu industri buku Melayu berkembang dengan sihat.

Menerbitkan buku adalah kerja penerbit. Manakala mengurniakan duit adalah kerja Tuhan. Tuhanlah yang menentukan siapa yang mendapat banyak duit, dan siapa yang mendapat lebih banyak duit. 

Atas nama persaingan, orang-orang yang pandai merosakkan bisnes orang lain, belum tentu dia yang dikurniai paling banyak duit oleh Tuhan.

Yang sudah pasti Islam menjanjikan: "Apabila kamu meringan beban saudara kamu, maka Allah akan meringankan beban kamu."

Kerana mengharapkan Allah meringankan beban PTSlah maka PTS membantu rakan-rakan penerbit lain dengan menyebarkan apa jua maklumat bisnes penerbitan buku yang berguna kepada mereka.

Nota: Foto di atas menunjukkan sebahagian daripada TimPTS meraikan kejayaan PTS mengutip hasil jualan tunai lebih RM600 ribu sepanjang Pesta Buku 2009. Mereka  bertugas sehari suntuk sejak jam 8.30 pagi sehingga jam 11.00 malam kerana berkemas dan menutup gerai pada malam penutup pesta. Foto dirakamkan sejurus sebelum mereka berpisah pada malam itu bagi pulang ke rumah masing-masing. Mereka dalam keadaan amat penat, namun mereka seperti tidak penat langsung!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Akan Terbit Previous entry: SABTU 6 Jun 2009 Kursus Terjemahan Mazhab Dinamik untuk Karya Bukan-Kreatif
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/26  at  04:12 AM

Bisnes bukan matlamat. Bisnes bukan tujuan. Bisnes bukan untuk bisnes. Bisnes hanyalah alat, sebagaimana makan hanyalah alat bagi sebuah kehidupan. Pada siang hari bulan Ramadhan, makan ditangguhkan kerana Tuhan yang menyuruh makan kini menyuruh pula menangguhkan makan. Makan hanyalah alat untuk sampai kepada Tuhan.

Sunthara  on  05/26  at  05:05 PM

Di mana agaknya serikandi-serikandi PTS, tak nampak seorang pun.Mereka juga kerja keras masa saya “bertugas” di booth PTS. Agaknya sudah dijemput orang kerana sudah lewat malam ya? <senyum>

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/27  at  06:03 AM

Biasanya srikandi tidak berkerja lewat malam di luar rumah. Berkemungkinan kalau lewat malam mereka berkerja dalam rumah.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.