Kamus Terjemahan Inggeris-Melayu akan Dapat Diakses di Web PTS
Tuan Muhammad Helmi Mahamad (foto) adalah jurutera senior di jabatan marketing PTS. Beliau bertugas sebagai IT Developer di PTS, di mana beliaulah yang membangunkan dan menyenggara laman web rasmi PTS.
Beliau kini sedang membangunkan satu lagi perkhidmatan di web PTS. Dalam perkhidmatan itu nanti, tuan dan puan yang perlu tahu apa perkataan Melayu bagi perkataan Inggeris, maka tuan dapat menaip perkataan Inggeris itu, klik return, lalu perkataan Melayunya akan muncul.
Perkhidmatan ini adalah sangat berguna kepada sesiapa yang perlu mencari perkataan Melayu bagi sesuatu perkataan Inggeris.
Katakanlah, tuan mahu meminjam perkataan 'dessert' ke dalam Bahasa Melayu tetapi tuan tidak pasti bagaimana ejaan Melayunya. Tuan taip 'dessert' maka nanti sistem akan menunjukkan ejaan 'desert' sebagai ejaan yang betul.
NOTA: Data bagi projek ini disediakan oleh Puan Ainon Mohd.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment