Tuesday, January 27, 2009

Kanak-kanak Mahu Dijadikan Pakar Rujuk Membuat Keputusan Dasar Pendidikan Kebangsaan

 

Apa agenda di sebalik penyiaran artikel di atas?

Akhbar Inggeris itu mahukan buah fikiran kanak-kanak dan remaja di atas diambil kira oleh Menteri Pelajaran supaya mengekalkan PPSMI.

Bagi akhbar itu, kanak-kanak dan remaja antara 8 tahun - 17 tahun itu layak dijadikan 'pakar rujuk' dalam urusan penggubalan dasar-dasar pendidikan kebangsaan.

Dalam isu PPSMI, akhbar berbahasa Inggeris itu mahukan supaya Menteri Pelajaran kita mendengar buah fikiran kanak-kanak. Bukan mendengar pemikiran para profesor dan para pengkaji. Bukan mendengar pemikiran para educationists. Bukan juga mendengar pendapat para pemikir dan cendekiawan.

Malaysia Boleh!

Baca lebih banyak di sini

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: GAPENA Tidak Ikut Previous entry: Dolak-dalik Pak Lah
aqil fithri  on  01/27  at  11:33 AM

puan, yang patut kita lakukan sekarang ialah mengembar-gemburkan tindakan kerajaan yang akan membatalkan ppsmi di sekolah rendah dan mempertahankannya di sekolah menengah.

sekiranya kita membuat bising sebelum kerajaan mengumumkan keputusan tersebut, maka sukar psikologi kerajaan akan terganggu.

Najibah  on  01/27  at  04:32 PM

Anak-anak Melayu di bandar dan mereka yang lahir dalam keluarga berpendidikan luas lain ceritanya. Saya pernah bersama anak-anak petani di kampung yang tidak seterpencil mana, mata mereka merah tidak dapat jawab soalan matematik dalam bahasa Inggeris. Campur tolak biasa yang paling asas pun mereka tidak faham sepatah haram!

Web Sutera  on  01/27  at  07:27 PM

Sdr Najibah,

Marah sungguh nampak? Hihihi. grin

Woot Sutura  on  01/28  at  10:21 AM

Mestilah dia marah. Entah-entah budak-budak di atas tu hafal skrip saja masa sesi temu bual.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: