Thursday, September 22, 2005

Kandungan Buku Bertindan dan Berulang

Semasa di sekolah dahulu guru-guru mengingatkan murid-murid supaya jangan mengulang apa yang sudah ditulis. Perbuatan itu dikatakan 'salah' dan 'membazir'.


“Pengulangan dan pertindanan adalah pembaziran,” begitulah kata guru, pensyarah dan profesor kepada pelajar-pelajar mereka.


Banyak perkara yang dikatakan 'salah' dalam bilik darjah dan dewan kuliah sebenarnya adalah 'betul' dalam aktiviti menulis buku. Yang jelas, mengulang beberapa bahagian dalam buku “Komunikasi untuk Ibu Bapa” dalam buku “Komunikasi untuk Guru” adalah bukan sahaja betul, malah mesti dilakukan!


Perulangan dan pertindanan adalah fungsional, yakni berguna kerana setiap buku ditujukan kepada pembaca sasaran yang berlainan. Buku “Komunikasi untuk Ibu Bapa” dibeli dan dibaca oleh ibu bapa. Buku “Komunikasi untuk Guru” dibeli dan dibaca oleh guru-guru. Itulah sebabnya bahagian-bahagian itu semestinya diulang dalam kedua-dua buku itu.


Jikalau kemudian saudara menulis buku “Komunikasi untuk Jurujual” bahagian-bahagian prinsip dan teknik-teknik komunikasi itu semestinya dimasukkan dalam buku itu. Seterusnya apabila saudara menulis buku “Komunikasi untuk Kaunselor” hal yang sama harus dilakukan.


Dalam Quran terdapat banyak ayat-ayat yang berulang dan bertindan. Nabi Muhammad pun banyak mengulang-ulang kata-katanya. Jadi mengulang-ulang perkara yang penting dan relevan adalah 'betul'. Tidak mengulang adalah yang 'salah'.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Novel Cinta Remaja: Rahsia Survival Alaf21 Previous entry: Dr. Haslisa Ramli: "Jin Mandi Sungai"
annyss  on  09/22  at  08:54 AM

Puan Ainon,

Tahniah dengan kehadiran blog ini. Saya sudah adakan pautan/link blog puan ke blog saya. Sesungguhnya tulisan-tulisan yang baik sebegini wajar didokumentasi dan dinikmati oleh semua peminat ilmu.

ikhlas,
Nisah Hj Haron
http://www.annyss.blogspot.com
——-

Ainon Mohd.  on  09/22  at  09:04 AM

Puan Nisah,
Saya pun membaca blog puan. Terima kasih kerana membuat link. Disebabkan puan seorang peguam, mari kita desak DBP supaya membatalkan perjanjian penerbitan yang lama dengan penulis2 dan sain perjanjian baru. Sebab klausa2 dalam perjanjian lama itu amat merugikan penulis. Paling merugikan adalah ia tidak menyebutkan had tempoh hak penerbitan. Itu sebab Dato’ A. Samad Said mengalami banyak masalah dengan DBP berkenaan hak penerbitan karya2 beliau.

zalisa  on  09/22  at  12:28 PM

Memang betul puan. kata2 yg diulang2 lebih mudah melekat difikiran. contohnya kalau ibu berleter kpd anak2nya. selalunya perkara yg dileter itu adalah perkara yg sama saban hari. sehingga anak2 bleh mengajuk semula kata itu.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: