Friday, July 27, 2007

Kapal Generasi dalam Sai-Fai

Penerbangan dari bintang ke bintang dapat dilakukan menggunakan idea kapal generasi. Kapal jenis ini bergerak kurang daripada kelajuan cahaya oleh itu ia mengambil waktu yang lama, dan terpaksa membawa bahan tenaga yang banyak.

Walau bagaimanapun, ada suatu perkara yang bagus pada idea kapal generasi. Di ruang angkasa lepas hampir tidak berlaku geseran, oleh itu pada kelajuan yang tertentu kapal itu dapat terus meluncur dan terbang laju pada hala yang sama, tanpa memerlukan bahan bakar lagi.

Tetapi idea kapal generasi begini ada pula kelemahannya. Bahan tenaga yang diperlukan bagi mengangkat kapal itu keluar dari ruang orbit Bumi menjadi sebahagian daripada jisim yang mesti diangkat.

Jadi bahan tenaga yang diperlukan bagi meningkatkan kelajuan kapal itu akan menjadi beban tambahan yang mesti ikut dibawa kapal sehingga menyebabkan kapal itu tidak dapat hendak menaikkan kadar kelajuannya.

Bukan itu sahaja, disebabkan kapal itu memerlukan bahan tenaga bagi memerlahankan kelajuannya apabila sudah hampir tia ke destinasi, dan tenaga bagi fasa memasuki orbit dan pendaratan, ertinya kapal itu terpaksa membawa bahan tenaga yang banyak. Bagaimana pula jika di bintang sana tidak ada bekalan bahan tenaga itu. Ertinya, ia mesti membawa bahan tenaga empat kali ganda lebih banyak daripada jisimnya, jikalau tidak kapal itu tidak dapat balik ke Bumi.

Bagi mengatasi masalah banyaknya bahan tenaga yang diperlukan bagi mengeluarkan kapal angkasa yang besar dari dalam orbit Bumi, kapal itu dapat dibina di angkasa, dan di lancarkan dari stesen yang jauh daripada Matahari. Apabila kapal itu tiba ke Dunia Baru, kapal itu diletakkan dalam orbit, manakala para penumpangnya turun ke muka planet itu dengan menaiki pesawat shuttle.

Menggunakan teknologi yang hebat itu pun kapal tersebut tidak akan dapat terbang lebih laju daripada 10 peratus kelajuan cahaya – yakni cuma 67 juta batu sejam. Pada kelajuan itu pun perjalanan ke bintang yang paling dekat mengambil masa 300 tahun.

Itulah sebabnya kapal jenis ini dinamakan kapal generasi. Kapal itu mempunyai persekitaran dalaman yang menyerupai keadaan di Bumi, lengkap dengan tumbuh-tumbuhan yang membekalkan makanan dan oksigen. Anak-anak kapal itu lahir dan mati dalam kapal itu. Mayat mereka diproses dan dijadikan bahan ekosistem dalam kapal itu.

Idea kapal generasi sudah banyak ditulis orang, khususnya dalam cerita-cerita tentang kapal di mana anak-anak kapalnya sudah lupa dari planet mana mereka berasal, malah lupa bahawa mereka sebenarnya berada dalam kapal.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Fiksyen Sains & Fantasi
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Nota untuk Penulis-Trainer PTS: Isu Ijazah Previous entry: Khutbah Jumaat PTS: 1 Huruf 7 Pahala

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: