Karya Terjemahan Sebagai Sumber Royalti
PTS FORTUNA akan menerbitkan karya-karya terjemahan daripada khazanah sastera klasik dunia.Yang pertama akan diterbitkan adalah koleksi penyiasatan Sherlock Holmes. Selepas itu siri yang bakal menyusul adalah karya-karya terbaik Jules Verne.
Bagi projek sastera klasik ini PTS menawarkan sistem royalti. Dengan demikian para penterjemah berpeluang memiliki hakcipta karya terjemahan mereka.
Disebabkan karya yang dipilih itu adalah khazanah klasik, ia terjamin evergreen dalam pasaran, dengan itu setiap tahun penterjemah akan menerima royalti daripada jualannya.
Sebelum ini para penterjemah ibarat 'kais pagi, makan pagi' disebabkan mereka dibayar sekali sahaja dan dipaksa menyerahkan hakcipta terjemahan kepada penerbit buat selama-lamanya.
Akibatnya, setiap kali mereka memerlukan wang, mereka terpaksa menterjemah. Sekali menterjemah, sekali dibayar. Begitulah nasib penterjemah....
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Ainon,
saya sangat mengalu-alukan usaha menterjemahkan karya Jules Verne dan Sir Arthur Conan Doyle ke dalam Bahasa Melayu. Berharap puan atau sesiapa yang terlibat dalam penterjemahan tersebut membaca pendapat saya tentang penterjemahan karya Jules Verne.
Salam.
——-
Saudara Ted,
Pendapat saudara mengenai projek terjemahan karya Jules Verne telah saya baca dalam blog saudara dan saya sependapat. Saya amat menyokong usaha PTS untuk menterjemahkan novel dari BI ke BM tapi macam mana dengan karya penulis tempatan tak kira bertaraf sasterawan negara atau tidak yang mempunyai nilai komersil dan kualiti seperti “Endah Gulingku oleh ArenaWati” dan “Iman oleh Abdullah Hussain” yang boleh diterjemahkan ke bahasa lain.Apa pendapat saudara Ted dari sudut pandangan seorang penterjemah dan penulis dan pendapat Puan Ainon dari sudut pandangan seorang penerbit?
Post a comment