Wednesday, September 22, 2010

Kata Logik yang Perlu Digunakan dalam Sastera Kanak-kanak

Apa yang disebut sebagai "kata logik" adalah perkataan-perkataan yang maknanya tidak dapat dilihat dengan mata kepala. Perkataan-perkataan itu bertugas menerangkan hubungan logikal yang terkandung dalam ayat. Justeru peranan kata logik amat penting.

Universiti Terbuka PTS telah menubuhkan kumpulan penyelidik yang mengkaji kata logik dalam al-Quran. Tujuan kajian itu adalah mengenalpasti jenis-jenis kata logik yang dapat dijadikan unsur tambahan dalam manual penulisan dan penyuntingan dalam penerbitan buku kanak-kanak dan remaja terbitan PTS.

Anggota kumpulan penyelidik itu adalah Prof. Emeritus Abdullah Hassan, Pn. Ainon Mohd., Tn. Ustaz Rohidzir Rais  dan Tn. Ustaz Ahmad Zahiruddin Zabidi.

10 surah yang dipilih sebagai data analisis adalah:

1. Al-Fatihah (7 ayat)
2. An-Nas (6 ayat)
3. Al-Falaq (5 ayat)
4. Al-Ikhlas (4 ayat)
5. Al-Lahab (5 ayat)
6. An-Nashr (3 ayat)
7. Al-Kafirun (6 ayat)
8. Al-Kautsar (3 ayat)
9. Al-Maun (7 ayat)
10. Quraisy (4 ayat)

Jumlah semua ayat dalam surah-surah itu adalah 49 ayat.

Jumlah kata logik yang digunakan dalam surah-surah itu adalah 50, seperti di bawah:

1. adakah
2. adalah
3. apa
4. apabila
5. apakah
6. akan
7. bagaimana
8. bagi
9. bahkan
10. dalam
11. dan
12. dan untuk
13. dari
14. daripada
15. demi
16. dengan
17. di
18. di dalam
19. ini
20. itu
21. itu adalah
22. ke atas
23. kecuali
24. kemudian
25. kepada
26. kerana
27. lagi
28. maha
29. maka
30. melainkan
31. memang
32. pada
33. sebab
34. sehingga
35. sekiranya
36. selain
37. seolah-olah
38. sesekali
39. sesekali tidak
40. sesungguhnya
41. setelah
42. setelah itu
43. supaya
44. tahukah
45. tiada
46. tidak
47. tidak akan
48. untuk
49. wahai
50. yang

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sastera Kanak-Kanak: Cerita Fabel dan Cerita Pari-Pari Previous entry: Tip Survival Penerbit: Kerugian Potensi Pasaran Akibat Pakejing dan Ilustrasi yang Melayu-sentrik

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.