Kaunter Ekspres di Booth PTS pada Pesta Buku
Pada pesta buku tahun lalu, PTS menerima banyak rungutan daripada pengunjung booth PTS di mana kaunter bayaran begitu sesak terutamanya pada hujung minggu. Ramai yang terpaksa beratur panjang walaupun hanya hendak membayar satu naskhah buku sahaja.
Tahun ini PTS mengambil inisiatif membuka kaunter ekspres bagi pengunjung yang membeli 5 naskhah buku ke bawah.
Kaunter ekspres ini hanya untuk bayaran tunai sahaja.
Selain itu, PTS akan membuka 4 kaunter bayaran biasa dan 2 terminal kad kredit/debit (VISA dan Mastercard sahaja).
Jadi tahun ini, tuan dan puan tidak perlu beratur panjang semasa membuat bayaran.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Tahniah dan syabas kepada PTS kerana berani membuat perubahan demi kemudahan semua.
Post a comment