Monday, February 14, 2011

Tip Survival Penerbit: Kawalan Hutang

Banyak syarikat penerbit buku gulung tikar bukan disebabkan buku mereka tidak laku, tetapi disebabkan mereka tidak dapat mengutip hutang dari pekedai. Cerita hutang lapuk adalah cerita yang dialami oleh semua penerbit. Semakin besar bisnes penerbit, semakin besar jumlah hutang lapuk yang mereka tanggung.

Kes pekedai tidak membayar hutang bukan hanya disebabkan oleh faktor towkay kedai tidak mempunyai modal operasi yang cukup besar sehingga mereka terpaksa 'tarik duit di sini, gunakan duit itu di sana'.

Ada kes di mana towkay kedai mempunyai duit kerana kita tahu dia membeli kereta baru yang mahal harganya. Maknanya, dia memang tidak mahu membayar hutang.

Towkay kedai jenis ini memang 'pandai membelit pembekal-pembekalnya.' Semasa mula-mula membuka kedai buku dia sanggup membeli tunai, sehingga lama-lama kita yakin dia seorang peniaga yang boleh diberikan akaun kredit.

Semasa baru-baru sahaja dia diberi akun kredit, dia membayar hutang dengan bagus sekali, sehingga kita pun yakin had kreditnya boleh dinaikkan, dari RM10k ke RM20k, ke RM30k, ke RM40k.

Apabila hutangnya sudah RM50k, tiba-tiba dia tidak mahu membayar hutangnya! Ini yang sedang dilakukan oleh sebuah kedai buku terkenal di sebuah kompleks di Bangi kepada pembekal-pembekalnya, termasuklah PTS. Pengurusan PTS sudah memulakan proses undang-undang kepada towkay kedai itu.

NOTA: Foto di atas menunjukkan mesyuarat mingguan jabatan jualan dan kawalan kredit di PTS. Di hujung meja adalah Tuan Zaharin Zain, pengurus jabatan. Di PTS, mesyuarat sales dan kredit diadakan setiap minggu. Dalam mesyuarat ini data-data jualan dan kutipan hutang mingguan dibentangkan dan dianalisa bagi diambil tindakan.

PTS mempunyai 4 orang eksekutif kawalan kredit. Tugas mereka adalah mengutip hutang daripada agen dan kedai-kedai buku. Mereka mempunyai kuasa mengarahkan penyelia gudang PTS supaya jangan menghantar kotak buku-buku yang sudah sedia bagi penghantaran selagi cek bayaran hutang belum diterima.

Di PTS, bayaran komisen bulanan kepada SEMUA staf adalah dikira berdasarkan hutang yang dapat dikutip bagi bulan berkenaan, yakni bukan berdasarkan nilai jualan buku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: Mencipta Trend Baru Desain Kaver Novel Remaja Previous entry: Senarai Judul Dijangka Masuk Gudang PTS Minggu Ini

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.