Berhari Raya dengan Kawan Lama
Pesta Buku adalah benar-benar Hari Raya bagi pekerja-pekerja dalam industri perbukuan.
Pada pesta buku kami dengan bangganya menggayakan pakaian (uniform) baru kami, masing-masing dengan identiti masing-masing. T-shirt kuning yang saya pakai itu adalah baju Hari Raya PTS. Ia disponsor oleh rakan niaga kami, BS Print Sdn. Bhd. yang membekalkan perkhidmatan mencetak buku-buku PTS.
Pada Pesta Buku, kami meraikan para penulis dan buku-buku terbaru yang dilancarkan.
Kami dapat berjumpa dengan sesama rakan penerbit, pengedar, agen, peruncit, kontraktor, penulis, pelukis dan tidak lupa kawan-kawan lama.
Dalam foto ini saya dengan selebriti Imuda yang datang ke booth PTS bagi mempromosi karya beliau. Beliau adalah seorang pekomik, selain pelakon sitcom TV yang banyak peminat.
Kami sama-sama alumni Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kini kami berkumpul semula dalam suatu wadah di mana PTS menjadi penerbit bagi karya Imuda.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam
Kali pertama saya ke DBP dalam tahun 1984 atau 85 begitu, sewaktu membawa kawan-kawan siswa/i dari NZ yang pulang bercuti melawat DBP, antara yang menyambut kami Puan Ainon dan Imuda….
Sekian,
Post a comment