KDN Melokap Pemilik Kedai Buku Menjual Quran
Dunia industri buku heboh bergosip tentang tindakan pegawai Kementerian Dalam Negeri di sebuah negeri melokap selama 3 hari seorang pemilik kedai buku.
Pemilik kedai buku itu dimasukkan lokap kerana di dalam kedainya ada naskhah-naskhah Quran yang dipamerkan untuk tujuan jualan, tetapi naskhah Quran itu tidak mempunyai cop kelulusan pihak KDN.
Memang undang-undang tidak membenarkan naskhah Quran yang tidak mempunyai cop KDN dijual di negara ini.
Yang menjadi punca kisah ini menjadi gosip hangat di kalangan orang-orang buku adalah kerana cara KDN menangani kes kesalahan menjual Quran itu seolah-olah disamakan dengan kesalahan jenayah menjual dadah.
Orang-orang industri buku negara ini terdiri daripada berbagai kaum. Penerbit dan pekedai buku yang terdiri daripada kaum Cina pun ikut bercakap dan mengulas peristiwa yang digosipkan itu.
"Jual Quran tak ada cop pun kasi masuk lokapkah?" kata seorang rakan Cina.
Kita yang Islam tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan-soalan yang mereka kemukakan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Ahli agama, tolong beri respons kalian ya.
Post a comment