Ke Angkasa dengan Bahasa Cina
Dalam tempoh 30 tahun sahaja, selepas China membebaskan ekonominya daripada sistem komunis ke kapitalis, negara itu berjaya membuktikan bahawa dengan menggunakan bahasa Cina mereka dapat melahirkan pakar-pakar sains dan teknologi yang kini setanding dengan pencapian bahasa Inggeris dan bahasa Rusia sebagai bahasa sains angkasa.
Di satu pihak lain, dengan menggunakan bahasa Inggeris, India telah gagal menyelesaikan masalah bahawa 35% daripada seluruh manusia yang hidup di bawah kadar kemiskinan hidup di negara itu.
Ertinya, meskipun sudah lebih 100 tahun bahasa Inggeris digunakan sebagai alat memajukan bangsa-bangsa di India, terbukti jangankan mahu memandaikan 300 juta golongan miskin itu dalam bidang sains dan matematik, di luar Britain, Amerika, Kanada, Australia dan New Zealand, mahu mengisi perut si miskin pun bahasa Inggeris gagal.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

“Angkasawan” Malaysia, bila ke angkasa, bawa bersama rendang, baju batik, dan gasing. Tetapi malang sekali, semasa interaksi satelit secara langsung, asyik bertutur dalam bahasa Inggeris. Kesian melihat anak-anak kecil dan pakcik-makcik yang terkebil-kebil. Katanya mahu mencungkil minat sains angkasa di kalangan rakyat, tetapi kenapa bercakap dalam bahasa yang tidak difahami rakyat?
Apa pandangan Puan?
Tuan Tongkat Karan,
Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula!
Tidak lama lagi bangsa Korea pula akan melancarkan satelit Korea buatan mereka sendiri.
Post a comment