Kecoh-kecoh Keterlibatan Menteri dalam Projek F1
Mengikut yang empunya cerita, pagi tadi pegawai-pegawai di Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) terkejut membaca berita dalam akhbar The Star tentang ucapan Dato' Hishamuddin Tun Hussein di mana beliau memberitahu bahawa kementeriannya akan menggunakan gajet-gajet F1 untuk mengajarkan mata pelajaran rekacipta di semua sekolah menengah negara ini.
Pegawai-pegawai PPK itu terkejut dan mempersoalkan projek F1 yang diisytiharkan oleh Dato' Hishamuddin itu kerana projek tersebut tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum.
Semakan kurikulum rekacipta telah dibuat dan diluluskan pada tahun 2003. Projek F1 tidak disebut dalam semakan itu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Kalau 300 buah sekolah 189 juta, satu sekolah RM630k. Campur semua sekolah = 2000 x RM630k = RM1,260,000,000!!.. Mak oii… kalah Mat bin Mat. Bukannya berguni, berkontena duit rakyat yang depa akan balun.
Dengar cerita, kos sebenarnya untuk pembekalan F1 dlm 1/4 ke 1/3 je. Katalah 1/2 je kos yg dapat diselamatkan, ada RM630,000,000 untuk dimanafaatkan untuk keperluan rumah rakyat.
Sekarang PPRT dibuat pemaju macam sarang burung merpati je. Apa salahnya buat macam tahun2 70an-80an dulu. Bagi tanah atau rumah teres/sebiji. Dengan kos RM63,000 sebuah, boleh bina 1000 buah sangat selesa di Sembrong!!...
Ni cerita hal F1 in School ke?
sy xfaham apa yg sdg berlaku ni??
Post a comment