Kedai Buku Agama Mula Membuka Pintunya kepada Novel Remaja PTS
Bulan lalu, sewaktu Sifu makan tengah hari dengan En. Zaharin Zain, Pengurus Jabatan Jualan dan Khidmat Pelanggan PTS, beliau memberitahu suatu perkembangan yang sangat menggembirakan.
Menurut beliau, sudah ada kedai-kedai buku agama tradisional yang membuka rak khas di depan pintu masuk buat mempamerkan novel-novel remaja PTS.
Apabila saya bertanya kepada beliau apakah faktor yang menyebabkan perubahan itu, beliau menerangkan pemilik kedai-kedai itu sudah yakin bahawa gaya penulisan dan isi kandungan serta cerita dalam novel-novel remaja PTS tidak bertentangan dengan hukum-hukum agama.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment