Kedai Buku Berkawan dengan Bank
Bagi saudara yang mahu membuka kedai buku indie, cuba dapatkan lokasi di mana kedai saudara nanti bersebelahan dengan bank.
Kajian pasaran yang dilakukan oleh En. Azari, pegawai jualan dan khidmat pelanggan PTS, mendapati kedai buku yang terletak bersebelahan dengan bank mencatatkan jualan tinggi.
Sebuah kedai buku indie yang terkenal di bandar Rawang sudah berada di situ selama lebih 20 tahun, ertinya kedai itu sudah lama terkenal di kalangan penduduk kawasan tersebut. Kedai buku itu besar dan ia terletak sebelah menyebelah dengan sebuah bank Cina.
Rupa-rupanya, orang yang pergi ke bank cenderung membeli buku. Maklumat ini dilaporkan oleh pengusaha kedai buku itu sendiri. Semakin banyak jumlah pelanggan bank Cina itu, semakin naik jualan buku di kedainya.
Apabila bank tersebut terpaksa pindah ke lokasi lain kerana ia perlu membesarkan premisnya, kedai buku itu mengalami rosotan jualan sebanyak 40%!
Kepada mentee-mentee Sifu: Soalan tutorial hari ini - Apakah yang faktor-faktor menyebabkan bank dan kedai buku bersahabat?
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Personally, selepas dapat duit gaji dan keluarkan duit tunai dari bank, memang dah jadi habit beli 2, 3 buah buku. Waktu lain terasa sayang nak guna duit untuk buku yang bukan keperluan.
Jika saya ke kedai *buku dan terjumpa sesebuah buku yang menarik tetapi kebetulan kekurangan wang, saya akan ingatkan diri agar membelinya di lain hari(TAK SEMESTINYA beli). Tetapi jika hanya perlu pergi ke ATM di sebelah kedai, SUDAH PASTI saya membelinya pada hari itu juga.
Status saya sebagai pelajar tidak memungkinkan saya menggunakan kad kredit. Jadi, kemudahan pengeluaran wang tunai menjadi faktor penentu saya untuk membeli buku.
*turut digunapakai bagi pelbagai jenis kedai yang lain
Memang diketahui yang lokasi di sebelah bank adalah lokasi yang menarik, bukan sahaja kepada kedai buku tetapi kepada kedai-kedai lain juga. Tetapi biasanya sewa kedai di kawasan ‘elit’ ini adalah 2 atau 3 kali ganda lebih mahal berbanding sewa di tempat-tempat lain. Bagi peniaga yang mempunyai modal yang kecil (seperti saya sendiri!), sewa yang mahal ini menjadi halangan.
Saifuddin Awang
Pustaka Munirah, Kemaman.
menarik information tu..memang betul...rasanya memang orang yang selalu ke bank akan cenderung ke kedai buku…
Post a comment