Friday, December 22, 2006

Kedai Buku Bukan Setor Penerbit

Sewaktu Seminar Novel Popular yang lalu, seorang profesor marah-marah dari atas pentas mengecam sikap kedai buku. Menurut profesor itu, kotak buku yang dihantar ke kedai dibiarkan sahaja di atas lantai. Sebulan kemudian apabila diperiksa, kotak buku itu dibuka pun tidak!

"Macam mana buku nak laku?" kata profesor itu marah-marah.

Banyak penulis tidak faham tentang buku dan kedai buku. Mereka sangka penerbit boleh pergi ke kedai buku dan meletakkan buku di rak dalam kedai buku itu, macam pembekal karipap meletakkan karipap atas meja gerai mamak teh tarik bawah pokok.

Kedai buku bukan setor tempat menyimpan buku-buku yang tidak laku. Itu sebabnya kedai buku memilih-milih buku mana yang mereka mahu ambil dari pengedar dan penerbit.

Kalau penerbit menghantar buku yang susah dijual, memang buku itu tidak akan diletakkan di atas rak.

Tuan punya kedai buku menyewa kedainya itu, dan dia membayar sewa dengan cara menjual buku, bukan menyimpan buku yang tidak laku.

Itulah sebabnya buku-buku yang tidak laku, istilahnya "tidak bergerak", akan dipulangkan ke pengedar ataupun penerbit sebagai "buku return".

Begitu juga, bukan semua buku yang ditunjukkan oleh salesman si penerbit mahu diambil oleh pekedai buku. Buat apa diambil, jika buku itu susah dijual. Lebih baik dipamerkan buku-buku lain yang laku.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(12) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Lain Kedai, Lain Buku Previous entry: Orang Baru: Belajar Berkawan, Jangan Belajar Bersaing
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/22  at  04:35 PM

Mungkin Prof. itu salah seorang daripada yang terlibat.
Ceritanya begini:

Dia masuk kedai. Tiba-tiba tersepak sebuah kotak yang berat. Dilihatnya dari celah-celah kotak tersebut akan isi kandungannya. Rupa-rupanya buku tulisannya. Di atas rak tiada. Tersimpan dalam kotak. Apalagi melentinglah dia.

Itulah al-kisahnya.
——-

rastom  on  12/22  at  04:50 PM

KedaiBuku 2.0 tak banyak guna ruang, tapi boleh muatkan kesemua buku yang diterbitkan di dunia ini. Fakta atau auta? Mudah cerita, selain dari pameran “hard-copy”, adakan juga versi e-book (terutaman jenis yang sudah tak patut dipamerkan tapi diperlukan…contoh.. PTS boleh dapatkan lesen dan keluarkan ebuku untuk novel kelasik seperti Salah Asuhan - Abdoel Moeis (terlupa cara ejaannya, tapi masih ingat gambar kulit ada gambar gadis pegang reket tenis)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/22  at  05:08 PM

kalau boleh kedai buku pun tak nak simpan buku dalam kotak sebab tapak tempat kotak itu pun dibayar sewanya. Sewa dibayar tapi tidak mendatang profit. Seboleh2nya kedai buku akan memaksimakan semua ruang yang ada untuk mempamerkan buku. Tak sia-sia bayar sewa.

panaharjuna  on  12/22  at  05:47 PM

Saya fikir prof itu mungkin berfikir bahawa bukunya itu mesti diletak dahulu pada rak buku, baru boleh tahu samaada bukunya itu boleh dijual atau tidak. Saya fikir dia marah kerana bukunya itu tidak di beri peluang untuk “berperang” kerana tentera-tenteranya masih duduk berkubu dalam kotak buku lagi. Saya fikir kerana sebab itu dia merasa marah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/22  at  06:48 PM

Saya ke kedai buku di Carrefoure. Konon nak tengok kalau-kalau ada buku saya. Bila tanya di mana rak buku PTS, mamak tu tunjuk kat sebelah belakang sekali. Tempat itu pula dah jadi macam setor. Penuh dengan kotak dan barang-barang yang tak digunakan. Nak masuk pun susah. Saya pun cakap,“Susahnya nak masuk! Macam mana saya nak pilih buku?”

Kemudian mamak tu mula sibuk nak kemas-kemaskan kotak-kotak itu. Tapi tetap juga tak teralih kotak-kotak itu sebab terlalu berat.Mamak tu sibuk pilih-pilihkan buku untuk saya.

Kemudian saya kata,“Tak mau belilah. Saya nak pilih sendiri.”
Kemudian saya terus keluar dari situ meninggalkan si mamak yang terkulat-kulat. Agaknya dia gigit jari lepas saya keluar. Hmm… kalau macam inilah, macam mana penulis nak cari makan?

Puan Ainon Mohd.  on  12/22  at  07:01 PM

Puan Oren,

Saya akan dapatkan maklumat adakah buku2 PTS ada dibekalkan oleh PTS sendiri ke kedai mamak di Carrefour.

Ada kemungkinan mamak kedai itu tidak kenal PTS pun, dia cuma main tembak sahaja.

Walau bagaimanapun surat puan ini akan saya panjangkan ke jabatan pemasaran PTS. Terima kasih atas maklumat ini.

Puan Ainon Mohd.  on  12/22  at  07:06 PM

...sabung

Puan Oren, adakah itu Carrefour di Wangsa Maju. Kalau di situ, kedai mamak itu memang tidak bawa buku PTS.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/22  at  07:09 PM

Ya, disitulah. Tapi buku PTS memang ada raknya sendiri di situ. Dan mamak itu juga sudah memilihkan beberapa buah buku PTS kepada saya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/22  at  07:09 PM

Yang berdepan sipi-sipi dengan Nagoya tuuuu.

Puan Ainon Mohd.  on  12/22  at  07:33 PM

Puan Oren, sekarang sudah mula cuti Krismas! Staf sudah balik kampung. Nanti apabila sudah reda pesta hujung tahun saya akan siasat perkara ini. Terima kasih atas maklumat.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/23  at  03:22 PM

Oh, kedai buku dekat-dekat mesin ATM itu ya! Saya sudah pergi ke tempat itu berkali-kali. Bukan sahaja buku-buku PTS, buku-buku lain dalam bahasa Melayu dihalang dengan timbunan kotak buku sehingga orang tidak dapat pergi ke belakang.

Puan Ainon Mohd.  on  12/26  at  10:42 PM

Ini emel yang saya terima daripada En. Zaharin, Pengurus Jabatan Pemasaran dan Khidmat Pelanggan PTS:

Pn. Ainon

Jawapan saya mengenai entri di atas yang diperkatakan di dalam UNIKAPTS.

Kedai yang dimaksudkan itu juga dimiliki oleh satu pengedar besar di Pandan. Salah satu kekuatan pengedar ini adalah buku-buku teks dan rujukan/ulangkaji sekolah. Seperti yang sedia maklum, sekarang ini sudah masuk musim ibu bapa membeli buku sedemikian untuk anak-anak mereka yang akan mula bersekolah tahun 2007 ini. Banyak kedai-kedai lain seluruh Malaysia juga memberi keutamaan seperti di atas. Buku-buku “general” akan dianaktirikan dahulu, dan ini akan berlarutan sehingga hujung Januari 2007.

Mungkin apa yang boleh dibantu oleh “Rakan PTS” (seperti juga yang diperkatakan dalam entri “Mengapa dalam Kedai Buku Besar Tidak Ada Buku PTS”), apabila melawat ke mana-mana kedai buku dan didapati buku-buku yang dicari tiada terus bertanya yang menjaga atau empunya kedai. Lebih baik lagi kalau jawapannya tidak memuaskan hati boleh tanya “Eh…. Selain kedai ini, kedai mana yang terdekat yang ada buku yang saya cari tadi?”. Boleh panas juga telinga dia kalau kita tanya macam itu, lebih-lebih lagi kalau buku itu popular atau laku. Harap-harap kedai tersebut lebih prihatin untuk mempamerkan dan/atau isi semula buku berkenaan. Terima kasih.
Zaharin Mohamad Zain <zaharin@pts.com.my>

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: