Monday, December 28, 2009

Ini Bukan dalam Rumah, Ini dalam Kedai Buku Gramedia di The Mines

Ada sesuatu yang istimewa di kedai buku Gramedia di kompleks The Mines, Kuala Lumpur.

Kedai buku Gramedia di situ menggunakan lantai berkarpet. Ia ada satu-sarunya kedai buku elitis yang menggunakan lantai karpet.

Foto menunjukkan 3 orang gadis Melayu duduk di atas lantai sambil memilih-milih buku yang mereka mahu beli.

Tingkah laku duduk di atas karpet adalah tipikal tingkah laku orang Melayu (yang berasal dari kampung). Dalam minda orang Melayu fungsi karpet adalah sebagai alas duduk di lantai, serupa dengan fungsi tikar. Ini yang mendorong orang Melayu membuka kasut sebelum memasuki ruang pejabat yang berkarpet.

Apakah dengan menggunakan lantai berkarpet Gramedia dapat menaikkan lagi popularitinya di kalangan pembeli buku-buku Melayu? 

Rangkaian kedai buku Gramedia di Malaysia adalah cawangan rangkaian Gramedia Indonesia. Gramedia adalah gergasi konglomerat penerbit buku, majalah dan akhbar terbesar di Indonesia. 

Gramedia Malaysia adalah komited kepada pasaran buku dalam Bahasa Melayu terbitan tempatan. Ia memberikan peruntukan 60% ruang di dalam kedai-kedainya kepada buku-buku Melayu terbitan Malaysia, suatu dasar yang sangat dialu-alukan oleh penerbit tempatan. Tidak ada syarikat kedai buku yang lebih komited daripada Gramedia dari sudut itu. 

Kedatangan Gramedia ke Malaysia telah menyebabkan rangkaian MPH dan POPULAR memikirkan semula komitmen mereka kepada buku-buku berbahasa Melayu, lalu kedua-dua rangkaian kedai buku terbesar itu menambahkan ruang pameran untuk buku-buku Melayu sebagai langkah mengelakkan pelanggan Melayu mereka daripada lari ke Gramedia.

Rekod jualan buku-buku PTS kepada Gramedia menunjukkan peningkatan yang berterusan semenjak rangkaian itu mula-mula membuka cawangan-cawangannya di Malaysia.

Nota: Foto oleh Tn. Zamri Mohamad.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Blog Ini Saya Suka Previous entry: Buku Terbaru dari Adam Khoo
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/28  at  09:04 PM

Salam Sifu,

Selain Jakarta, saya sempat singgah di beberapa kedai Gramedia di tempat lain termasuk di Bandung, Surabaya dan Jogja tetapi belum pernah ternampak pelanggan mereka duduk di atas karpet.

Syabas Gramedia Malaysia kerana membantu penerbit buku tempatan memasarkan buku berbahasa Melayu. Kehadirannya di negara ini akan memmbuka persaingan yang amat sihat dalam industri buku tempatan

Yakin benar saya, dengan kembalinya semula penggunaan Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran akan menambah-rancakkan kelahiran buku berbahasa Melayu dan memakmurkan industri ini.

Web Sutera  on  12/30  at  11:04 PM

Saya juga suka bersila jika ada ruang berbuat demikian di mana-mana toko buku sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan bersila, saya akan luangkan masa yang lebih lama meninjau halaman buku.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/31  at  07:19 AM

Salam,

Buat yang suka bersila atas lantai di kedai buku pastikan saudara/i tidak bersila depan-depan rak buku yang dipamerkan. Bukannya apa, menghalang pembeli buku lain untuk pergi ke rak itu. Jangan terlalu asyik membaca, sudahlah percuma sehingga mengganggu pembeli lain.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: