Thursday, December 10, 2009

Kedai Buku HASANI Edar Sg. Petani

Hasani Edar adalah syarikat kedai buku Melayu yang paling berjaya di zon Utara.

Cawangan utama syarikat Hasani Edar terletak di tengah Bandar Sungai Petani.

Hasani Edar mempunyai 2 buah outlet di bandar Sungai Petani, 1 cawangan di Kulim yang dikenali sebagai LANDMARK, 1 kiosk akhbar seperti MyNews di bandar Kulim, dan 1 lagi kedai buku di Gurun, Kedah.

Dua outlet dan cawangan utamanya di Pekan Baru mempunyai keluasan 6 buah pintu kedai (bersamaan 8100 kaki persegi).

Pembahagian di dalam kedai meliputi bahagian buku rujukan sekolah, alat tulis, buku novel dan juga umum, buku agama dan juga pakaian seragam sekolah serta satu lagi bahagian untuk stor dan pengedaran.

Penerimaan pelanggan terhadap buku terbitan PTS adalah sangat bagus dan kedai ini menjual kesemua tajuk terbitan PTS. Melalui pesanan standing order, setiap buku baharu akan diperolehi oleh kedai ini.

Kekemasan di dalam kedai ini membuatkan pelanggan selesa dan perkhidmatan yang disediakan amat cemerlang.

Di setiap baris rak, Hasani menugaskan seorang pembantu yang berdiri di situ. Beliau akan menyapa pelanggan dan membantu pelanggan mencari buku di dalam kedai itu selain memberi khidmat nasihat dan pendapat tentang buku yang pelanggan kehendaki.

Menurut pengurus kedai ini, iaitu  En. Faizal yang baru berumur 23 tahun,  perkhidmatan pembantu itu disediakan bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada pelanggan, dan terbukti dengan cara begini, pelanggan merasa mereka dihargai dan sentiasa kembali ke kedai ini bagi membeli buku.

Hassani juga di kenali sebagai Hassani Group kerana mereka mempunyai pelbagai cabang perniagaan lain seperti, pertukaran wang asing, restoran, pusat tuisyen, ejen pelancongan, pengendali kursus perkahwinan, penternakan lembu dan kambing, pertanian penanaman sayuran, pembekal bahan kek dan roti, kedai roti dan kek, dan pelbagai lagi.

Mereka akan mengadakan jualan pesta buku yang menawarkan diskaun sehingga 70% mulai 16 Disember 2009 - 10 Januari 2010. Disamping itu juga, kedai ini menyertai peraduan yang dianjurkan oleh PTS.

Nota: Foto dan laporan ini dibekalkan oleh Tn. Mohd. Nor Ikhram, eksekutif sales PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pejabat Editorial PTS yang Islami.... Previous entry: Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia 2008
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/13  at  11:43 AM

Puan,Hassani ni bukan melayu. dia india muslim. mintak perbetul kenyataan diatas. takut menguris hati pemilik kedai tersebut.(selidik betul2 sebelum tulis apa2)sekian.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/15  at  10:13 AM

Assalamualaikum.

Ada perbezaan antara :
Hasani Edar adalah syarikat kedai buku Melayu yang paling berjaya di zon Utara.

dan,

Hasani Edar adalah syarikat Melayu yang menjual buku paling berjaya di zon Utara.

Kedai buku Melayu = menjual buku Berbahasa Melayu.

Minta maaf jika saya silap, pada permulaan membaca saya juga keliru dengan kenyataan ini.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/29  at  10:49 AM

saya nk buku bacalah sayang 1…ada x lg stok?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: