Kedai Buku Indie di Bandar-bandar Kecil Malaysia
Di seluruh negara terdapat sekitar 100 buah kedai-kedai buku indie yang nilai bisnes tahunannya adalah antara RM5 juta - RM6 juta. Kedai-kedai itu menjual buku-buku sekolah dan alat tulis.
Daripada jumlah itu, sekitar 40 buah sahaja yang towkaynya betul-betul boleh dipercayai dari sudut etika bisnesnya, maknanya mereka memang membayar hutang kepada pengedar dan penerbit.
Kedai-kedai itu rata-rata berdepan dengan masalah bagaimana hendak terus kekal dalam bisnes. Towkay-towkay kedai itu sudah tua. Anak-anak mereka tidak berminat hendak meneruskan bisnes kedai buku ayah mereka kerana mereka mempunyai bisnes sendiri ataupun sudah menjadi profesional di Kuala Lumpur dan luar negara.
Kekuatan kedai-kedai itu adalah pada diri towkay-towkaynya. Mereka adalah orang tempatan. Mereka kenal baik dan sudah menjalin hubungan bisnes yang rapat dengan semua pengetua, guru besar dan guru-guru di kawasan itu.
Bisnes mereka yang paling besar adalah membekalkan segala macam keperluan sekolah-sekolah di kawasan itu. Namun bisnes itu sangat bergantung kepada faktor peribadi diri towkay-towkay itu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

————————————————————————————————
Bisnes mereka yang paling besar adalah membekalkan segala macam keperluan sekolah-sekolah di kawasan itu. Namun bisnes itu sangat bergantung kepada faktor peribadi diri towkay-towkay itu.
————————————————————————————————
kalau macam tu kalau towkay tu tukar pengurusan, kiranya pengurusan baru sukar sikit laa nak yakinkan sekolah-sekolah di kawasan tu laa yer walaupun anak sendiri yang ambil alih.
kalau terlalu bergantung kepada peribadi tu macam payah sikit laa. apa yang saya nampak nilai keperibadian tu seolah-olah macam satu aset perniagaan pulak hehehe. semacam persamaan dengan nilai muhibbah kalau dalam syarikat sdn. bhd. atau berhad
tapi benda tu tak ternilai kan
kalau macam tu kalau towkay tu tukar pengurusan, kiranya pengurusan baru sukar sikit laa nak yakinkan sekolah-sekolah di kawasan tu laa yer walaupun anak sendiri yang ambil alih. web design
Post a comment