Kedai Buku Orang Kecil, Kedai Buku Orang Besar



Barangkali, seni pameran dalaman bagi kedai-kedai buku yang ditargetkan kepada penduduk bandar-bandar kecil dan sederhana tidak boleh serupa dengan seni pameran gaya-MPH dan gaya-Kinokuniya yang ditargetkan kepada pembeli kelas menengah kota-kota besar.
Foto-foto di atas menunjukkan seni pameran dalaman di kedai buku MariBaca Kota Baru, Kelantan, yang terbukti kedai kecil ini berjaya survive.
Sekali pandang kedai buku ini menggunakan konsep susun-letak ala-ala kedai runcit pekan kecil.
Barangkali juga bagi peminat buku yang tidak biasa dengan MPH, POPULAR dan KINOKUNIYA, yang biasa masuk kedai runcit, susun-letak gaya kedai runcit membuat mereka berasa amat selesa.
Nampaknya kita boleh gunakan istilah "KEDAI RUNCIT BUKU" untuk konsep ini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment