Kedai Buku POPULAR Semakin Popular
.jpg)
Sepanjang bulan Ramadan, jualan buku-buku PTS kepada syarikat kedai buku terbesar di negara ini, POPULAR, melonjak dengan luar biasa. Pola peningkatan drastik begini tidak pernah berlaku sebelum ini. Ini bermakna jumlah pengunjung Melayu yang masuk ke dalam kedai-kedai buku POPULAR tiba-tiba telah meningkat dengan mendadak sepanjang bulan Ramadhan ini.
Faktor utama lonjakan mendadak itu adalah disebabkan pihak pengurusan POPLUAR memberikan sokongan yang luar biasa kepada kempen membaca yang dilancarkan oleh PTS melalui kempen Baca@Ramadan.
Peningkatan jualan seperti itu bukan hanya dialami oleh PTS tetapi juga dialami oleh penerbit-penerbit lain yang membekalkan buku-buku mereka kepada POPULAR.
POPULAR sendiri turut melancarkan pelbagai langkah promosi Baca@Popular sebagai daya usaha memikat supaya lebih banyak orang Melayu masuk ke dalam kedai-kedainya di seluruh negara sempena bulan Ramadhan.
NOTA: Foto-foto di bawah menunjukkan sebahagian daripada kotak-kotak buku yang akan dihantar kepada kedai-kedai buku POPULAR di seluruh negara 3 hari sebelum Hari Raya. Penghantaran ini adalah buku-buku novel cinta Islami, novel remaja dan buku cerita kanak-kanak yang dijangka akan laku keras sepanjang musim cuti hari raya pula.
Kotak-kotak (foto kiri) akan dihantar oleh lori-lori PTS sendiri ke kedai-kedai POPULAR di zon Lembah Kelang.
Kotak-kotak (foto kanan) dihantar menggunakan perkhidmatan kargo Keretapi Tanah Melayu ke zon utara dan selatan.

Nota: Syarikat POPULAR dimiliki oleh pelabur Singapura.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment