Friday, November 26, 2010

Kedai Buku POPULAR telah Memesan 10 Ribu Naskhah Lagi Buku Chef Hanilieza

Pada bulan Ogos 2010, kedai buku POPULAR telah memesan 10,000 unit buku '1 Hari 1 Resipi' oleh Chef Hanilieza yang dijual pada harga RM39.90 ini. Pada bulan November 2010, sebanyak 10,000 unit lagi dipesan.

Ini bermakna PTS telah menjual 20,000 unit kepada POPULAR dalam tempoh 4 bulan, menjadikan buku ini pemegang rekod buku PTS yang paling laris jualannya.

Buku ini hanya dapat dibeli di kedai-kedai buku POPULAR sahaja. Ia tidak dijual di mana-mana kedai lain.

Bagi mendapatkan hak eksklusif penjualan buku ini, syarikat POPULAR membeli secara tunai semua 20,000 unit itu dari PTS.

Kejayaan buku-buku resipi oleh Chef Hanilieza di pasaran membuktikan beberapa perkara:

(i) Nama chef yang tidak bertaraf selebriti-TV masih dapat menjual buku resipinya dengan keras sekali. Jumlah jualan semua buku resipi Chef Hanilieza sudah hampir 300,000 unit. Ini menjadikan beliau penulis buku masakan paling ngetop dalam pasaran.

(ii) Mempunyai blog dan fotopages yang amat popular adalah lebih penting daripada kemunculan dalam skrin TV.

(iii) Chef Hanilieza bukan sahaja aktif memperkenalkan resipi-resipi terbarunya dalam internet, beliau juga sangat aktif menjalin hubungan baik dengan peminat-peminatnya dalam internet.

(iv) Resipi-resipi yang diperlukan bagi masakan harian di rumah untuk hidangan keluarga adalah lebih memenuhi keperluan pembeli.

(v) Kemahiran bekerjasama dengan penerbit, khususnya dengan editor, dalam merancang judul dan jadual kerja adalah sangat penting.

(vi) Kemahiran bekerjasama dengan pihak pengurusan kedai buku dalam menjalankan aktiviti promosi di seluruh negara adalah kemahiran yang sangat kritikal.

Banyak yang dapat dipelajari dan dicontohi daripada chef yang dikenali di kalangan staf PTS dengan nama jolokan "Makcik Senduk Merah" ini....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kisah Benar Ramlee Awang Murshid: 10 Tahun Buku Tidak Laku Previous entry: Karya SN Dato A Samad Said akan Terbit dalam "Siri Apresiasi Remaja Sasterawan Negara"
MKI  on  11/26  at  11:03 PM

Salam sejahtera,

Tahniah buat Chef Hanieliza. Beliau seorang yang sangat kuat bekerja. Kami mendoakan beliau terus maju jaya dan sentiasa dimurahkan rezeki.

MKI dan Roza

kakliza  on  11/27  at  06:24 PM

Salam buat Prof dan Puan Roza..
Terimakasih atas kata peransang Tuan berdua..
ini membuatkan kakliza seronok untuk bekerja kuat algi ni..
Buat PTS..terimakasih yang tidak terhingga atas kerjasama yang diberikan…

NazriKadir  on  11/28  at  03:08 AM

Tahniah Kak Liza….Moga terus sukses dengan berkongsi ilmu masakan..
Baru-baru ini semasa ziarah raya haji ke rumah mertua saya di Chendering. Tuan Razali Kamaruddin ada nyatakan Kak Liza menymbang resipi buat buku beliau…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.