Kedai Menentukan di Mana Buku Kita Dipamerkan

Kedai buku dimiliki oleh pemilik kedai buku, bukan oleh penerbit. Oleh itu pemilik kedai buku yang menentukan di rak mana buku-buku kita akan disusun.
Tiap-tiap kedai mempunyai sistem masing-masing. Sebagai contoh, ada kedai buku yang memberikan rak khusus kepada buku-buku sesuatu penerbit. Ini lazimnya dilakukan untuk penerbit yang mempunyai banyak judul dan peminat buku-buku penerbit itu sudah banyak.
Apabila ini berlaku, ia ada kesan positif dan negatifnya. Dari satu sudut, peminat penerbit itu mudah menjumpai buku yang dicari. Dari satu sudut lain, peminat kategori khusus pula yang tidak menjumpai buku yang dicari.
Ini berlaku kepada siri Komik-M terbitan PTS. Di sesetengah kedai, Komik-M dipamerkan di rak buku-buku PTS bersama-sama dengan sastera kanak-kanak dan remaja terbitan, bukan di rak komik. Akibatnya peminat komik tidak berjumpa dengan Komik-M kerana mereka akan menjuju rak komik apabila mencari komik.
Apabila ini berlaku, eksekutif jualan yang men-servis kedai buku dapat memberikan cadangan kepada petugas kedai di mana sebaiknya buku diletakkan supaya jualan buku itu naik.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment