Monday, February 12, 2007

Kedudukan Mutakhir PTS dalam Sektor-sektor Utama Industri Penerbitan Buku Melayu

Pasaran sektor buku Melayu dapat dikategorikan ke dalam 5 jenis di bawah:

(1) Buku bersilabus: Dua produk utama sektor ini adalah buku teks dan buku-buku ulangkaji peperiksaan. Ini adalah sektor terbesar buku Melayu dengan nilai tahunan yang dianggarkan lebih RM600 juta setahun.

Terdapat lebih daripada 200 syarikat penerbit tempatan yang masuk sektor ini. Tiga pemain terbesar sektor ini adalah (a) DBP-DAWAMA yang menerima kontrak atas dulang emas daripada KPM, (b) Sasbadi - papan kedua BSKL dan (c) Pelangi - papan kedua BSKL.

PTS tidak jadi masuk bermain di padang ini apabila gagal dalam percubaannya mendapatkan kontrak buku teks. (Hmm! Tak tahulah, apa barangkali kriteria Bahagian Buku Teks yang masih belum dipenuhi oleh PTS...)

(2) Buku-buku agama Islam: Penerbit-penerbit Mamak (Singapura dan Malaysia) menguasai hampir 90% pasaran, baik sebagai penerbit, pengedar dan pengimpot.

PTS menceburi sektor ini melalui PTS ISLAMIKA yang menerbitkan buku-buku agama bagi pasaran pembaca non-tradisional, yakni pembaca yang tidak menggemari gaya bahasa dan pakejing buku-buku agama tradisional.

(3) Buku kreatif-fiksyen: Produk paling besar dalam sektor ini adalah novel cinta-popular, dengan 2 nama mendominasi pasaran iaitu (a) Alaf21 dan (b) Creative.

PTS menceburi sektor ini melalui produk-produk sastera kanak-kanak dan remaja dan target PTS dapat terus mengekalkan kedudukannya sebagai pemain utama dalam sub-sektor ini. Ini dilakukan melalui program penerbitan PTS ONE.

Terbaru, PTS memasuki sektor novel dewasa melalui peluncuran produk-produk PTS FORTUNA yang sudah berada dalam pasaran sejak Jun 2006. Produk awal FORTUNA adalah siri novel jibunsyi. Siri jibunsyi akan terus diluncurkan ke dalam pasaran secara konsisten sepanjang 2007-2008.

Setiap tahun FORTUNA akan melancarkan produk-produk baru. Mulai Februari 2007 FORTUNA akan meluncurkan siri novel sejarah yang dimulakan dengan siri novel pahlawan Islam. Mulai pertengahan 2007 FORTUNA akan meluncurkan siri sastera klasik.

Mulai 2007 juga, PTS akan memasuki sektor ini dengan menawarkan produk-produk terjemahan 'international bestsellers' yang dibawa masuk dari luar negara melalui program penerbitan anak syariat terbaru, iaitu PTS LITERA UTAMA.

Dengan meletakkan 3 pemain PTS dalam padang ini, target PTS adalah menjadi salah satu pemain utama sektor kreatif-fiksyen.

(4) Buku umum: Sektor ini sekarang adalah yang paling kecil tetapi sedang pesat berkembang.

Buat masa ini hanya ada 3 nama dalam kategori ini, iaitu PTS, Utusan dan DBP. PTS masuk sektor ini melalui produk-produk PTS MILLENIA, PTS PROFESSIONAL dan PTS PAPERBACK.

(5) Buku akademik: Para pemain sektor ini terdiri daripada (a) Penerbit-penerbit universiti, (b) Cawangan penerbit luar negara, (c) Penerbit tempatan - DBP, Utusan dan PTS.

Pada masa ini PTS PROFESSIONAL aktif menerbitkan buku-buku ilmiah yang digunakan sebagai rujukan dalam bidang pendidikan peringkat maktab dan universiti.

Inilah gambaran am kedudukan PTS dalam industri penerbitan buku Melayu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Pengurusan Syarikat
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mencari Idea Aktiviti Bahasa, Sastera dan Budaya untuk Pesta Buku 2007 Previous entry: Ejaan 'rasul' dan 'Rasulullah'
alang kelana  on  02/12  at  08:05 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Tidak mengapa PTS belum dapat apa-apa kontrak yang melibatkan buku teks, namun keadaan ini tidak akan selama-lamanya begitu.

Mungkin juga tidak dapatnya kontrak buku teks, ada hikmah di sebaliknya.

PTS sudah dapat kontrak untuk pembekalan buku untuk Perpustakaan Negara, melalui para kontraktor pembekal Bumiputra.

Insya Allah, rezeki Allah akan berikan tanpa kita ketahui, dan bila dapat, kita akan terasa nikmatnya…
——-

Kang  on  02/12  at  10:34 AM

Tuan Yang Terutama Alang Kelana, Rasanya, menurut pendapat hamba yang hina ini, PTS tidak akan menceburi padang yang nombor satu bernilai RM600 juta itu. Itu padang emas, dulang emas dan khusus. Saban tahun itulah juga yang mendapat kontrak. Khabar yang dibawa—RHB pun akan masuk ke dalam padang tersebut.

Walaupun lumayan, tetapi risikonya amat tinggi. Hulubalangnya penuh mengawal padang. Sama ada benar atau tidak, atau sekadar menakut-nakutkan, seorang penerbit pernah berkata, beliau telah kerugian lebih RM100,000.00 walaupun baru hanya peringkat masuk tender sahaja. Menyediakan mock-up dan produksi CD sudah habis dalam RM100,000.00 belum pun pasti menang atau kalah tender tersebut. (Harap Mbakyu betulkan kesahihannya).

Padang di atas sekali itu kekal dan akan terus kekal selagi sistem pendidikan di negara ini kekal menguntungkan sebahagaian pihak dan menyeksa sebahagian besar lagi. Siapa yang terseksa? Ibu bapa yang kena “rompak rela” setiap awal tahun, murid-murid yang setiap pagi memikul “batu-bata dan sampah-sarap” kadang-kadang melebihi 3.5 kilograms—memanjat tangga menuju bangunan paling atas sekali.

Sebab itulah isu beg sekolah berat tidak pernah diambil tahu, sebab jika beg sekolah ringan, ringan jugalah pendapatan sektor buku teks tersebut.

Puan Ainon Mohd.  on  02/12  at  12:52 PM

Tun Dr. Kang,

Di mana ada gua yang di dalamnya tersimpan batu delima ajaib, pastilah pintu masuknya dikawal oleh naga berapi!

Fable Fox  on  02/12  at  01:26 PM

quote “Sebab itulah isu beg sekolah berat tidak pernah diambil tahu, sebab jika beg sekolah ringan, ringan jugalah pendapatan sektor buku teks tersebut.”

he..he..he.. sejak saya kecil sampailah sekarang. hmm….

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: