Monday, November 19, 2007

Komitmen PTS pada Keindahan Moral

Salah satu kritikan keras yang kita terima daripada para penulis sastera adalah "PTS mengongkong kebebasan pengarang". Faktor yang disebut adalah dasar editorial PTS yang terlalu banyak "itu-tak-boleh ini-tak-boleh".

Kita akui bahawa PTS adalah penerbit yang paling banyak "pantang-larang".

Antaranya:

(a) Bahasa Melayu Rendah (BMR) tidak diterima dalam karya.

(b) Orang jahat, atau istilahnya "pedosa" tidak boleh dijadikan watak utama, kecuali jika dia berubah menjadi orang baik. Adalah menjadi prinsip bahawa PTS tidak akan memberikan kemenangan moral kepada pemungkar.

(c) Tidak dibenarkan adanya episod-episod asmara, meskipun hanya berpegangan tangan, berdating dan seumpama itu. 

(d) Watak baik tidak boleh menjadi mangsa kepada kebaikannya sendiri. Maksudnya, tidak boleh pembaca mendapat kesan "tidak guna menjadi orang baik, lebih untung menjadi orang jahat". 

(e) Tema anti-Tuhan dan anti-agama tidak diterima.

(f) Tema kecewa, putus asa dan fatalisme tidak diterima. 

(g) Tema yang mempromosi kepercayaan karut dan khurafat yang anti-tauhid tidak diterima.

(h) Tidak dibenarkan menggambarkan bentuk mana-mana bahagian tubuh badan lelaki tampan dan perempuan cantik. 

Dasar dan garis panduan di atas adalah bagi menghasilkan karya-karya yang memiliki ciri keindahan moral yang ideal. 

Bagi sesetengah individu, dasar editorial PTS itu mengongkong kebebasan mereka  berkarya. Bagi PTS, dasar editorial itu sejalan dengan misi PTS yang mahu memandaikan bangsa, dan hanya menerbitkan buku-buku yang kandungannya mematuhi syariah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Komik & Ilustrasi
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Garis Panduan Cover Buku PTS Previous entry: PTS akan Masuk Pasaran Buku Cerita Hantu dan Misteri
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/19  at  09:24 AM

Saya menyokong 100% kepada dasar PTS itu dan Insyaa-Allah saya akan setia bersama PTS selagi mana dasar itu diperjuangkan.

Menulis buku bukan sahaja bagi memandaikan bangsa tetapi menunaikan kewajiban sebagai orang muslim. Teringat kepada ayat ketiga surah Al-Fatihah. Allah yang menguasai hari pembalasan. Allah akan membalas setiap apa yang kita lakukan. Oleh itu kita perlu bertindak dan melakukan apa sahaja yang disuruh oleh pencipta kita. Allah telah menerangkan apa yang Allah mahukan didalam Al-quran dan Hadis.

Puan Sifu telah membongkarkan keperluan bagi menulis mengikut garis panduan Al-Quran. Melakukannya diluar batasan itu sudah membuatkan kita menentang Allah!

Semoga Allah sentiasa menjayakan misi PTS mendaulat

Mya Marja  on  11/19  at  10:29 AM

Assalamualaikum,

Tahniah atas komitmen PTS ini! Memang perit bagi menyelesaikan sesebuah novel mengikut garis panduan Teori Surah Yusuf itu 100%. Namun, dengan kesabaran, maka hasilnya pasti berbaloi. Kadang-kadang cemburu juga dengan penulis aliran penulisan konvensional yang semahu-mahunya memasuki otak dan hati watak, lalu begitu banyak perasaan tercurah dan semahu-mahunya. Namun, seseorang pengarang sudah pastinya bukan omnipotent; perlu diakui itu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/22  at  03:05 PM

salam

saya juga akan menyokong perjuangan PTS dalam menjaga moral masyarakat. saya dulu peminat novel-novel creative dan alaf 21. tapi lama kelamaan saya jadi muak dan sakit hati apabila norhayati berahim suka menggunakan watak perempuan bertudung yang baik hati tetapi langsung tak menjaga etika akhlak islam yang sepatutnya. plot-plot cerita yang menghairahkan seolah-olah sengaja mencari publisiti murahan untuk mengajak pembaca membeli novel mereka. tapi pada pendapat saya, sama jugalah jika kita menulis novel dengan plot -plot yang LXXXX dengan penerbit filem-filem LXXXX dari barat dan sebagainya. dosanya pun sama dapat juga.

akhirnya saya mengucapkan tahniah kepada PTS kerana telah memasuki era penerbitan buku yang mempunyai etika moral dan sejajar dengan syariat.

terima kasih. saya undi PTS.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: