Kejayaan Tamar Jalis adalah Disebabkan Ia Membuka Kategori Buku Baru Dalam Suasana Pasaran Lesu
Kejayaan buku-buku siri Bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis adalah serupa dengan kejayaan DaVinci Code oleh Dan Brown, siri Harry Potter oleh JK Rowling dan La Tahzan - Jangan Bersedih oleh Aaid ibn Abdullah al-Qarni.
Ketiga-tiganya membuka kategori buku baru dalam pasaran buku yang sudah lesu oleh tema-tema lama pada waktunya.
Pada masa-masa itu pembaca sudah muak dengan buku-buku dengan tema yang itu, itu juga. Tiba-tiba muncul Tamar Jalis, Dan Brown, JK Rowling dan al-Qarni menawarkan tema dan cerita-cerita yang tidak ada sebelumnya.
Fenomena "buku memuakkan" kini sedang berlaku pada novel cinta. Pembaca menanti-nanti pengarang yang menawarkan tema baru, yakni buku kategori baru.
Kedai-kedai buku kini menunggu-nunggu bilakah akan munculnya judul baru yang dapat membuka kategori baru.
Apa yang disebut "Kesan DaVinci Code", "Kesan Harry Potter" dan "Kesan La Tahzan" sudah menampakkan ciri-ciri sejuk.
"Kesan Tamar Jalis" sudah lama habis.
Bilakah akan munculnya kategori baru?
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Jika kena pada gayanya, mungkin tema ‘chick lit’ dan sains fiksyen yang bakal diterbitkan PTS, mampu mencetus fenomena baru dalam dua novel tanah air. Selamat berjaya.
.
Sdr Amir,
Bilakah saudara akan menulis untuk PTS?
——-
Tema baru, kategori baru adalah satu pusingan seperti roda. Mungkin boleh dinilai semula tema atau kategori yang popular 20 atau 30 tahun yang lepas. Diolah & disegarkan semula bagi pembaca sekarang. Ia akan menjadi tema baru.
Siapa selepas Tamar Jalis?
Post a comment