Kejelitaan Perempuan dalam Surah Yusuf
Dalam surah Yusuf tidak ada ayat-ayat yang menerangkan rupa paras dan bentuk badan isteri al-Aziz, yang lazimnya disebut dengan nama Siti Zulaikha.
Kita diberitahu kononnya Siti Zulaikha itu perempuan yang cantik, tetapi perkataan 'cantik' itu pun tidak ada dalam surah Yusuf bagi menerangkan watak isteri al-Aziz itu.
Tidak ada ayat yang menerangkan rambut, hidung, mata, kulit, pipi, dan lain-lain sifat fizikal Siti Zulaikha. Malah nama 'Siti Zulaikha' itu pun tidak disebut dalam surah Yusuf. Watak itu hanya disebut dengan gelaran 'perempuan itu'.
Tidak ada nas yang menerangkan mengapa dalam pengkisahan surah Yusuf itu tidak ada ayat-ayat yang menggambarkan kejelitaan fizikal watak perempuan.
Disebabkan dalam surah Yusuf itu tidak ada keterangan berkenaan kejelitaan fizikal Siti Zulaikha, maka kita membuat kesimpulan bahawa dalam teori sastera Islami aliran surah Yusuf, pengarang novel Islami tidak dibenarkan menulis ayat-ayat yang menggambarkan keelokan mana-mana anggota tubuh badan perempuan yang muda dan cantik.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum;
Sifu memberi tahu kami, “Dalam sastera berdasarkan surah Yusof, tidak ada perkahwinan, tidak ada perceraian, watak jahat tidak dihukum.”
“Mengapa begitu, Sifu?” tanya saya seorang mentee.
“Perkahwinan dan perceraian tidak dikisahkan dalam Surah Yusof.”
Pada suatu pagi yang dingin, saya mendengar siaran radio kegemaran dalam perjalanan ke pejabat. Ada seorang pendengar bertanya dan al-ustaz menjawab.
“Siapakah isteri Nabi Yusof?”
“Siti Zulaikha. Mereka berkahwin setelah suami Siti Zulaikha meninggal dunia.”
Wallahualam.
Tuan MBA-san,
Mengikut pendapat yang sohih, dalam al-Quran dan dalam hadith tidak ada maklumat Nabi Yusuf berkahwin dengan Siti Zulaikha. Cerita seperti itu adalah cerita daripada sumber hikayat orang-orang Yahudi, yang disebut sumber-sumber Israeliyat. Nabi Yusuf adalah berbangsa Yahudi.
——-
Post a comment