Kejelitaan Perempuan dalam Surah Yusuf
Dalam surah Yusuf, terdapat ayat-ayat yang membayangkan ketampanan lelaki di mana terdapat ayat-ayat yang membayangkan - ya, hanya membayangkan - keelokan dan ketampanan Nabi Yusuf.
Sebaliknya kejelitaan perempuan tidak digambarkan sama sekali. Tidak ada ayat yang membayangkan kejelitaan isteri al-Aziz.
Dalam surah Yusuf, terdapat dialog yang memuji keelokan rupa paras Nabi Yusuf.
... Perempuan-perempuan itu berkata, “Maha suci Allah! Ini bukanlah manusia, ini tidak lain, adalah malaikat yang mulia!”
Manakala ada peristiwa yang membayangkan keelokan rupa paras Nabi Yusuf, sebaliknya tidak ada peristiwa yang membayangkan keelokan rupa paras isteri al-Aziz.
...Maka tatkala perempuan-perempuan itu terpandang Yusuf, mereka tercengang melihat keelokan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan masing-masing,...
Bahawa dalam Quran tiada gambaran rupa paras dan kejelitaan isteri al-Aziz boleh dijadikan hujah dalam teori sastera Islami aliran Surah Yusuf pengarang tidak dibenarkan menulis ayat-ayat yang membayangkan kejelitaan perempuan muda.
Allah jualah yang lebih mengetahui mengapa kejelitaan perempuan tidak digambarkan dalam sebuah kisah cinta yang indah.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Sifu,
Amalan penulis kitab Melayu lama mengambil analogi dari alam semulajadi seperti laksana pauh dilayang, delima merekah itu rasanya tidak keterlaluan.
.
Ampun Tuanku Rastom… (sambil senyum-senyum).
——-
Salam,
Tuan Rastom, saya suka meneliti keindahan alam yang dijadikan analogi begitu. Namun bagai pauh dilayang itu tidak dapat saya kenal pasti di mana cantiknya. Buah pauh yang dilayang tidak secantik mana, begitu yang saya perhatikan. Ini kerana buah pauh yang saya hiris itu tidak licin teksturnya. Jika itu analogi untuk pipi, saya tidak mahu pipi saya dikatakan bagai pauh di layang
. Mungkin ada yang boleh menjelaskannya?
Ampun Sifu, hamba tumpang menyampuk.
Post a comment