Tuesday, February 27, 2007

Keluhan Penerbit Drama TV Tentang Sikap Pemegang Hakcipta Novel

Sifu PTS pernah menulis surat kepada seorang penerbit drama TV dengan niat mahu mencari peluang melesenkan novel-novel jibunsyi PTS bagi diadaptasi kepada skrip drama TV. Berikut adalah sebahagian kandungan surat balasan yang diterima....

"Saya memang berminat untuk mengadaptasi novel kepada skrip drama TV. Malangnya pihak penerbit novel mengenakan royalti yang terlalu tinggi sedangkan pihak stesen TV membeli sesebuah drama dengan harga yang agak rendah.

Sebagai contoh, syarikat penerbit drama (nama dirahsiakan - Sifu) pernah bercadang untuk mengadaptasi novel seorang Sasterawan Negara (nama dirahsiakan) kepada skrip drama bersiri.

Untuk drama TV dengan durasi 45 minit, pemegang hakcipta novel tersebut mengenakan bayaran RM8,000.00 per episod, sedangkan harga skrip antara RM1,500.00 - RM2,000.00 per episod. Manakala harga pembelian oleh stesen TV sekitar RM40,000.00 per episod.

Kos biasa pembikinan drama sekitar RM30,000 per episod. Jika ditambah dengan kos pemegang hakcipta novel sebanyak RM8,000.00 per episod, ini bermakna kos penerbitan drama menjadi RM38,000.00 per episod.

Ini yang menjadi halangan kepada penerbit drama untuk mengadaptasikan novel kepada skrip drama TV."

Nota Sifu: Kata pantun Melayu, orang tamak selalu rugi. Disebabkan hendakkan RM8,000 satu episod, akibatnya RM1 pun tak dapat....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Hakcipta Bahan Internet Previous entry: Komen Menarik dan Informatif
vrempire  on  01/02  at  10:04 AM

Waduhhh, begitu rupanya perihal pembikinan drama berasaskan novel. Saya ingatkan sebelum ni pemilik hak cipta jer yang kena tindas, rupanya yang kat sebelah sana pun ada cerita dia yang tersendiri..

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.