Monday, March 27, 2006

Keluhan Tn. Hj. Pakeer

Syarikat Fajar adalah pengedar novel terbesar sekarang. Tidak ada penerbit novel yang tidak mahu berkenalan dengan beliau.


“Saya susah,” kata Tn. Hj. Pakeer, pemilik Fajar, sewaktu beliau datang ke booth PTS.


“Mengapa, tuan haji?”


“Ada orang tuduh saya pujuk Norhayati Berahim, Fauziah Ashari dan Aina Emir supaya tinggalkan Creative dan Alaf21. Dia orang kata, saya keluarkan duit, tolong mereka cetak novel-novel mereka. Itulah yang bikin saya susah!” Dahinya berkerut-kerut dan kepalanya menggeleng-geleng ke kiri ke kanan.


“Apa sebab dia orang tuduh macam itu? Mesti ada sebab!”


“Ini dulu punya cerita,” katanya.


“Cerita apa?”


“Dulu memang betul.... Saya keluar duit, tolong Ahadiat Akasyah cetak novel-novelnya. Tapi... itu Norhayati Berahim, Fauziah Ashari dan Aina Emir, semua cetak sendiri. Dia orang banyak duit. Dia orang minta saya edar, saya edarlah....”


"Tapi, mengapa tuan haji susah hati?"


"Saya takut Creative dan Alaf21 fikir saya tikam dia orang. Maklumlah saya pun edar novel-novel Creative dan Alaf21. Nanti susah saya mahu cari makan sama dia orang...."



 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: DBP: Makin Berbedak, Makin Hitam Previous entry: Godam
el-maaniq  on  03/28  at  01:21 AM

haha.. no komen
——-

alifin  on  03/28  at  08:41 AM

Untuk rekod, Tn Hj Norden bos Alaf 21 dah tanya hati ke hati pada Tn Hj Pakeer mengenai hal ini pada tahun 2005. Tn Hj Norden confirm bos Fajar berkata benar dan dia berpuashati lalu bersangka baik terhadapnya. Sykt Fajar kini antara pengedar buku Alaf 21 yang terbesar.
- Alifinalafduapuluhsatu

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: