‘Anu’ Lelaki UMNO
Mengapakah pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersungguh-sungguh sangat mahu membuktikan berlakunya politik wang dalam parti itu sehingga telah mengugut mahu meletakkan puntung rokok yang dihisapnya pada 'anu' seorang ahli UMNO yang sedang berada dalam kustodi SPRM.
Adakah SPRM diarahkan oleh Kubu Pak Lah supaya dengan apa cara sekalipun mesti didapatkan bukti-bukti konkrit bahawa Najib tidak layak menjadi perdana menteri, bahawa kegagalan Tengku Razaleigh Hamzah mendapatkan pencalonan sebagai calon Presiden UMNO adalah disebabkan politik wang?
Bukankah Tengku dari keluarga istana Kelantan itu mahu supaya Pak Lah terus memimpin UMNO?
Jika SPRM dapat membuktikan Najib melakukan politik wang, akan tamatlah sejarah PPSMI.
Baca laporan lelaki UMNO itu di sini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment