Kembar Terpilih akan Difilemkan
Inilah novel pertama PTS yang akan difilemkan.Penulis novel ini, Sdr Meor Shariman, adalah juga seorang penulis skrip filem dan TV.
Sebuah penerbit filem sudah bersetuju memfilemkan siri KEMBAR TERPILIH ini apabila pasaran filem tempatan menunjukkan filem-filem yang ditargetkan kepada penonton remaja mengaut untung besar.
Sambutan luar biasa bagi filem remaja seperti Cicakman dan Mukhsin membuktikan pasaran remaja adalah pasaran yang belum dieksploitasi sepenuhnya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Tahniah!! Berita baik yang bakal memberi semangat kepada mentee-mentee Puan menghasikan lebih banyak novel remaja.
Semoga Allah memberkati… Amin.
-----
Saya harap Fasha Sandha dan Raja Farah menjadi pelakonnya hee hee
OOoo peminat Fasha Sandha rupanya dia… hehehe.
Nota Sifu: Ermm.... masih remajalah dia itu… entah bila hendak dewasa!
Rosyam Nor pun masih remaja. :-D
Nota Sifu: Bagi orang tua macam saya, Rosyam Nor amat remaja!
Quote “Penulis novel ini, Sdr Meor Shariman, adalah juga seorang penulis skrip filem dan TV”
Ohh… patutlah
:-(
Tahniah diucapkan kepada PTS dan saudara Meor Shariman.
Masih fikir siapa calon sesuai pegang watak kembar itu.
Salam,
Insyallah, selepas hari raya Aidilfitri, filem ini akan menjalani proses penggambaran untuk tayangan tahun 2008.
Pada waktu ini, jalan cerita masih pada peringkat awal begitu juga dengan casting pelakonnya. Mungkin ia merangkum ketiga-tiga buku kembar terpilih, ataupun mungkin plot yang lain tetapi mengekalkan ciri-ciri kembar terpilih.
Skrip hanya akan ditulis pada bulan July, iaitu setelah saya siapkan empat buah skrip filem terdahulu iaitu Apa Kata Hati?, Suami Pilihan, Cicakman 2, dan Senyonyong.
Pihak penerbit filem berminat kerana konsepnya berbeza daripada filem-filem kanak2 yang sedia ada, juga kerana ia menerapkan unsur2 kasih sayang, persahabatan, setiakawan serta paling utama, unsur2 “budaya Melayu”. Juga kerana ia mempunyai unsur-unsur superhero.
Hmm. Tahniah kepada Pts dan Meor Shariman.
Saya sokong Faizul supaya calonkan Fasha dan Raja Farah. Tapi saya lagi sokong kalau saya dapat berlakun!
. Pegang tombak pun tak mengapa. (Ada adegan pegang tombak tak?)
Salam,
Berita terkini tentang filem Kembar Terpilih.
Pengarah filem, Saw Tiong Hin sudah memberi kata persetujuan untuk mengarahkan filem ini. Perbincangan awal sudah pun berjalan di mana, kami sudah pun bersetuju untuk menggabungkan elemen-elemen daripada ketiga-tiga buku siri tersebut ke dalam satu manuskrip.
Bermakna ia bukan “direct adaptation” tetapi filem “based on” siri Kembar Terpilih.
Kami masih berbincang sama ada mahu mengekalkan kedua-dua watak sebagai pelajar sekolah menengah atau mahu menukarkan mereka sebagai pelajar kolej.
Dan perbincangan awal dengan Dafi AF5 membuahkan hasil kerana beliau berminat hendak memegang peranan Farid.
Sekarang adalah proses menyiapkan treatmen 10 mukasurat, untuk dinilai oleh penerbit filem.
Syukur! Diharap perkataan “Kembar Terpilih” digunakan dalam tajuk supaya jualan buku-bukunya juga melonjak!
Salam.
Tahniah dari saya buat saudara Meor Shariman dan PTS.
Bukan calang-calang calon pengarahnya, adakah bajet filem ini juta-juta?
Kalau sudah ada Dafi AF5, maka saya calonkan Mila(hhhhhh) wazzup wazzup sebagai Misha/Marsha.. hehehe
yay!!!!! kembar terpilih akan difilemkan…
kalau nak tahu, saya peminat cerita tu ... setiap siri saya ada baca… seronoknya!!
Post a comment