Tuesday, April 24, 2007

Kembar Terpilih akan Difilemkan

Inilah novel pertama PTS yang akan difilemkan.

Penulis novel ini, Sdr Meor Shariman, adalah juga seorang penulis skrip filem dan TV.

Sebuah penerbit filem sudah bersetuju memfilemkan siri KEMBAR TERPILIH ini apabila pasaran filem tempatan menunjukkan filem-filem yang ditargetkan kepada penonton remaja mengaut untung besar.

Sambutan luar biasa bagi filem remaja seperti Cicakman dan Mukhsin membuktikan pasaran remaja adalah pasaran yang belum dieksploitasi sepenuhnya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku ke filem
(15) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Ini Juga Sudah Dilesen oleh Jakarta Previous entry: Terima Kasih kepada Wira Bukit
jOnOs  on  04/24  at  10:29 AM

Tahniah!! Berita baik yang bakal memberi semangat kepada mentee-mentee Puan menghasikan lebih banyak novel remaja.
Semoga Allah memberkati… Amin.
——-

Faizul bin Kamaruddin  on  04/24  at  10:59 AM

Saya harap Fasha Sandha dan Raja Farah menjadi pelakonnya hee hee

rastom  on  04/24  at  11:24 AM

OOoo peminat Fasha Sandha rupanya dia… hehehe.

Nota Sifu: Ermm…. masih remajalah dia itu… entah bila hendak dewasa!

dingin  on  04/24  at  12:46 PM

Rosyam Nor pun masih remaja. :-D

Nota Sifu: Bagi orang tua macam saya, Rosyam Nor amat remaja!

Fable Fox  on  04/25  at  05:27 AM

Quote “Penulis novel ini, Sdr Meor Shariman, adalah juga seorang penulis skrip filem dan TV”

Ohh… patutlah grin :-(

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/25  at  06:26 AM

Tahniah diucapkan kepada PTS dan saudara Meor Shariman.

Masih fikir siapa calon sesuai pegang watak kembar itu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/26  at  10:13 AM

Salam,

Insyallah, selepas hari raya Aidilfitri, filem ini akan menjalani proses penggambaran untuk tayangan tahun 2008.

Pada waktu ini, jalan cerita masih pada peringkat awal begitu juga dengan casting pelakonnya. Mungkin ia merangkum ketiga-tiga buku kembar terpilih, ataupun mungkin plot yang lain tetapi mengekalkan ciri-ciri kembar terpilih.

Skrip hanya akan ditulis pada bulan July, iaitu setelah saya siapkan empat buah skrip filem terdahulu iaitu Apa Kata Hati?, Suami Pilihan, Cicakman 2, dan Senyonyong.

Pihak penerbit filem berminat kerana konsepnya berbeza daripada filem-filem kanak2 yang sedia ada, juga kerana ia menerapkan unsur2 kasih sayang, persahabatan, setiakawan serta paling utama, unsur2 “budaya Melayu”. Juga kerana ia mempunyai unsur-unsur superhero.

Riduan Khairi  on  04/27  at  08:51 AM

Hmm. Tahniah kepada Pts dan Meor Shariman.

Saya sokong Faizul supaya calonkan Fasha dan Raja Farah. Tapi saya lagi sokong kalau saya dapat berlakun! wink. Pegang tombak pun tak mengapa. (Ada adegan pegang tombak tak?)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/19  at  01:15 PM

Salam,

Berita terkini tentang filem Kembar Terpilih.

Pengarah filem, Saw Tiong Hin sudah memberi kata persetujuan untuk mengarahkan filem ini. Perbincangan awal sudah pun berjalan di mana, kami sudah pun bersetuju untuk menggabungkan elemen-elemen daripada ketiga-tiga buku siri tersebut ke dalam satu manuskrip.

Bermakna ia bukan “direct adaptation” tetapi filem “based on” siri Kembar Terpilih.

Kami masih berbincang sama ada mahu mengekalkan kedua-dua watak sebagai pelajar sekolah menengah atau mahu menukarkan mereka sebagai pelajar kolej.

Dan perbincangan awal dengan Dafi AF5 membuahkan hasil kerana beliau berminat hendak memegang peranan Farid.

Sekarang adalah proses menyiapkan treatmen 10 mukasurat, untuk dinilai oleh penerbit filem.

Syukur! Diharap perkataan “Kembar Terpilih” digunakan dalam tajuk supaya jualan buku-bukunya juga melonjak!

Emio  on  07/20  at  01:54 AM

Salam.

Tahniah dari saya buat saudara Meor Shariman dan PTS.

Bukan calang-calang calon pengarahnya, adakah bajet filem ini juta-juta?

Kalau sudah ada Dafi AF5, maka saya calonkan Mila(hhhhhh) wazzup wazzup sebagai Misha/Marsha.. hehehe

nabila  on  07/03  at  07:00 AM

yay!!!!! kembar terpilih akan difilemkan…
kalau nak tahu, saya peminat cerita tu ... setiap siri saya ada baca… seronoknya!!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/04  at  03:44 AM

Tak sabar betul… tak sangka plak kembar terpilih akan difilemkan. Saya dah ada semua bukunya. baru habis… kakak aku pun teruja. Bila agaknya ia akan disiarkan di tv? (ataupun pawagam?) hmmm

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/05  at  05:22 PM

salam…. sy br taw sal ni.. n i kembar,minat gak blakon,ade tawaran x? hehe..

dahliah  on  02/16  at  04:15 AM

aku cukup teruja baca kisah kembar terpilih ni.itupun aku pinjam dari kawan aku.dia ada semua.aku tengok jalan ceritanye mmg menarik.agak-agaknye bila nak disiarkan/difilemkan?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/08  at  01:47 PM

buat siri yg seterusnya pasal kembar terpilih.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.