Thursday, November 12, 2009

Kementerian Pelajaran akan Menamatkan Kurikulum KBSR dan KBSM yang Ada Sekarang

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan memperkenalkan "Kurikulum Transformasi" bagi menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang digunakan sekarang. Kenyataan itu disampaikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimudddin, kepada para penerbit buku pada suatu majlis taklimat  baru-baru ini.

Perbezaan yang paling besar antara KBSR & KBSM dengan Kurikulum Transformasi adalah pada isu peperiksaan. Dalam Kurikulum Transformasi, tekanan pada peperiksaan akan dikurangkan. Ini bermakna, bagi para penerbit, apabila Kurikulum Transformasi dilaksanakan, mereka akan kehilangan bisnes menerbitkan buku-buku teks dan buku-buku ulangkaji peperiksaan.

Sebaliknya, permintaan bagi buku-buku pengkayaan pelbagai subjek akan meningkat. Maksudnya, sekolah akan memerlukan buku-buku sains, matematik dan lain-lain, yang ditulis bukan sebagai buku teks, tetapi sebagai buku rujukan, buku bacaan umum dan juga dalam bentuk buku-buku cerita.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: RM30 ribu adalah Kos Iklan PTS dalam HOT.FM 97.6 (Lembah Kelang) Previous entry: TOP 20 Buku Bisnes dan Pengurusan di MPH Alamanda Putra Jaya Bulan Oktober 2009
 on  11/12  at  08:59 AM

Saya fikir mungkin PTS boleh menggerakkan “kumpulan berfikir” untuk mengkaji keperluan KPM ini. “Kumpulan berfikir” ini boleh memberikan khidmat nasihat kepada pegawai-pegawai KPM mengenai keperluan-keperluan mereka nanti. Ini ibarat serampang dua mata iaitu faedah untuk PTS dan faedah untuk KPM.

 on  11/12  at  10:12 AM

Alhamdulillah, itu yang sebaiknya. Terlalu byk buku ulangkaji dlm pasaran sekarang, sehinggakan ada yang tiada kena mengena dgn silibus langsung. Contohnya buku ulangkaji Tahap 1 sekolah rendah bg matapelajaran BI, apa yang ada di dalam buku ulangkaji lari jauh dari silibus asal sehinggakan sampai satu tahap, bukan anak yang buat latihan, tapi mak ayah yang terpaksa jawabkan.

Kalau perlu mengundi, saya bersetuju ia ditukar format kepada buku bacaan umum & buku cerita. Jauh lebih menarik & tak membosankan.

Imran Yusuf  on  11/12  at  10:34 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Alhamdulillah…

Bagus bagi anak-anak dan semoga bagus juga untuk sistem pendidikan negara.

Dan,...peluang PTS (dan para penulis PTS) kelihatan berbalam-balam di kaki langit....

Harapkan bukan pelangi semata-mata…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: