Isu Bahan Bacaan Australia: Bahan Sekular untuk Murid Sekolah Rendah Malaysia
Apabila Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membelanjakan puluhan juta ringgit bagi menanggung kos melesen penggunaan modul bahan bacaan bergred yang dibuat oleh kementerian pendidikan Australia bagi digunakan di sekolah-sekolah Malaysia, keputusan itu tentu dipertikaikan oleh pakar-pakar bacaan kita.
Wang puluhan juta (malah mungkin ratusan juta) itu, apabila diberikan kepada Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), tentu sekali PPK dapat bekerjasama dengan pakar-pakar bacaan di universiti kita bagi menghasilkan bahan bacaan bergred yang menggunakan acuan Malaysia.
Kementerian pendidikan Australia mengamalkan dasar pendidikan sekular, oleh itu input spiritual tidak ada dalam bahan-bahan bacaan yang digunakan dalam modulnya.
Australia adalah sebuah negara sekular. Bahan-bahan bacaan sekular adalah untuk sistem pendidikan sekular.
Malaysia adalah sebuah negara Islam yang mempertahankan hak rakyatnya menganuti agama-agama lain. Malaysia mengamalkan 5 prinsip dalam Rukun Negara, di mana prinsip yang pertama adalah "Kepercayaan kepada Tuhan".
Dengan membelanjakan puluhan juta ringgit bagi melesen bahan-bahan bacaan sekular ciptaan pakar-pakar Australia, jelas sekali KPM bukan hanya melupakan ideologi nasional negara kita dan falsafah pendidikan kebangsaan, malah KPM sendiri menjadi agen proses pensekularan sistem pendidikan negara ini.
Satu soalan yang kita mahukan penjelasannya adalah: Syarikat manakah yang menjadi ejen pelesenan, sekaligus pembekal, modul bacaan bergred dari Australia yang sekular itu?
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Kata falsafah pendidikan negara….
” Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. “
Agak musykil samada dasar ini telah dirujuk secara waras semasa memastikan kesesuaian pemilihan bahan bacaan dari negara kangaroo.
Aha, mesti ada skandal ni.
Post a comment