Thursday, August 12, 2010

Kempen Baca@Ramadan oleh PTS Turut Menguntungkan Penerbit-penerbit Lain

Maklumat yang diterima dari kedai-kedai buku yang ikut serta dalam kempen Baca@Ramadan oleh PTS menunjukkan jualan buku-buku agama di kedai-kedai itu naik dengan amat ketara semenjak mereka mula memasang banting, poster dan meletakkan rak dan meja pameran khas.

Bukan jualan buku-buku PTS sahaja yang naik, malah jualan buku-buku agama terbitan penerbit-penerbit lain pun ikut naik juga. Inilah yang menyebabkan pemilik kedai-kedai itu sangat gembira dengan strategi marketing PTS yang sangat agresif tahun ini.

Bukan hanya kedai-kedai buku yang gembira, malah penerbit-penerbit lain pun turut gembira dengan langkah PTS itu. 

PTS yakin bahawa kesan positif kempen Baca@Ramadan ini akan mendorong penerbit-penerbit lain bersama-sama dengan PTS pada tahun-tahun hadapan, di mana masing-masing akan mengambil langkah mengeluarkan modal promosi buku-buku mereka supaya rakyat Malaysia semakin suka membaca pada bulan Ramadan.

Nota: Foto hiasan menunjukkan seksyen buku kanak-kanak di dalam kedai buku Pustaka Munirah Kemaman.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Promosi Buku Resipi PTS Sangat Berjaya Previous entry: Buku 'Repeat Order' dari Kedai POPULAR

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: