Editor dan Designer PTS Bertungkus-lumus Dikejar Jadual Kempen Bulan Puasa
Puan Nor Hazizam Abdul Rahman, pengurus jabatan marketing PTS, memberitahu bahawa jabatannya sudah mula bergerak dalam penyediaan bahan-bahan bagi mempromosi buku-buku yang ditargetkan untuk pasaran bulan Ramadhan.
Menurut beliau, jabatan sales PTS akan menggerakkan pasukan eksekutif jualannya, yang akan mula keluar outstation ke seluruh negara pada awal bulan Mei nanti. Mereka akan membawa bersama-sama mereka cover buku-buku terbaru PTS yang bertemakan bulan Ramadhan.
Cover buku-buku itu akan ditunjukkan kepada para pengurus kedai buku bagi meyakinkan mereka supaya membuat pesanan awal bagi mendapatkan stok buku-buku itu. Unit grafik di jabatan editorial saat ini sedang berhempas pulas menyediakan cover buku-buku itu.
Judul-judul untuk bulan Ramadhan bukan terhad kepada buku-buku agama, tetapi juga termasuk juga Komik-M, novel-novel cinta Islami dan buku-buku resipi yang sesuai untuk bersahur, berbuka, dan hidangan hari raya.
Para editor yang menguruskan judul-judul baru itu sedang berhempas pulas mengedit manuskripnya bagi memastikan buku-buku itu dapat dihantar ke kilang cetak dan terbit pada bulan Jun.
Bulan Ramadhan tahun ini jatuh pada bulan Ogos. Ini bermakna buku mesti sampai ke kedai-kedai buku paling lewat pada bulan Julai.
Sangat stress!
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

%20-front-250x376.jpg)

Post a comment