Wednesday, July 11, 2007

Kempen Promosi

Petik: "Tetapi, kadang kala (atau kebanyakan kes!), jika tidak ada promosi, susah mahu survive!" - Saifuddin Awang.

Respons Sifu: Ada dua isu di sini:

(1) Dalam situasi yang bagaimanakah kempen promosi selamat dilakukan.
Apabila bisnes kita tidak masuk ke dalam padang di mana gergasi bermain-main, kempen promosi selamat dilakukan.

Sebagai contoh, saudara mahu memperkenalkan sambal belacan dalam botol. Pada masa ini tidak ada mana-mana gergasi yang mendominasi pasaran sambal-belacan-dalam-botol, malah ini adalah padang kosong @ Laut Biru. Gawang tidak ditunggu... penyepak amatur pun dapat menendang masuk bolanya.

Sambal belacan dalam botol saudara tidak mengusik bisnes mana-mana syarikat.

Maka lakukanlah kempen mempromosi sambal belacan saudara. Tidak ada gergasi yang akan ketuk saudara sampai mati.

(2) Kempen promosi yang bagaimanakah yang tidak selamat dilakukan.
Jangan buat kempen promosi yang memberi isyarat bahawa produk gergasi-gergasi itu tidak halal, tidak baik bagi kesihatan, kesuciannya diragui dan yang seperti itu.

Sebagai contoh, saudara mahu masuk pasaran teh uncang dengan memperkenalkan teh uncang saudara dengan jenama Kang-Teh.

Jangan buat kempen promosi yang memberi isyarat bahawa teh Lipton ataupun teh Boh tidak suci ataupun tidak halal.

Masih ingatkah kempen Zaitun "tanpa was-was" yang memberi isyarat produk gergasi Unilever dan Colgate-Palmolive adalah diragui kesuciannya?

Nota: Nabi Muhammad melakukan promosi senyap-senyap selama 3 tahun sebelum beliau menerima arahan daripada Tuhannya supaya memperkenalkan produknya (yakni Islam) secara terbuka.

Sifu akan terangkan apa signifikannya tempoh 3 tahun itu. Minta bersabar.... sibuk nih!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Flanking: Promosi Senyap-senyap Previous entry: Flanking: Boleh Masuk Ikut Bawah Kelangkang Gergasi
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/12  at  08:08 AM

Topik semakin hangat, mentee sudah tidak dapat menahan sabar. Kita disuruh berlumba-lumba dalam mencari ilmu yang berguna. Saya suka dengan penemuan ini. Menarik sekali.

Semoga Allah melapangkan Puan bagi menyambung diskusi ilmu yang teramat agung ini.
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: