Wednesday, October 27, 2010

Kempen Agresif Bagi Mempromosi Komik-M Sempena Musim Cuti Sekolah

Jabatan marketing PTS akan menjalankan kempen promosi Komik-M secara agresif sempena musim cuti sekolah hujung tahun nanti. Kempen akan dijalankan selama 2 bulan iaitu sepanjang bulan November dan Desember 2010.

Foto di atas menunjukkan pengarah urusan PTS, Tn. Arief Rahmad, sedang menerangkan kepada anggota Tim Sales PTS strategi marketing yang akan dijalankan sepanjang tempoh kempen itu. 

Semua eksekutif jabatan sales yang keluar out-station akan membawa bersama mereka poster, banting, hanging mobile, masthead, dan brosur yang akan dibekalkan secara percuma kepada kedai-kedai buku agen PTS di seluruh negara.

Unit internet marketing (IM) pula akan menjalankan aktiviti peraduan.

Jabatan marketing juga akan membekalkan rak beroda tambahan kepada kedai-kedai buku khusus bagi mempamerkan Komik-M. Setiap unit rak berharga RM170.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Promosi Komik-M: Peraduan Dialog Lucu Previous entry: Sastera Kanak-Kanak Genre Cerita Pari-Pari: Perbezaan Nilai-Nilai Antara-budaya

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.