Kepada Tim Fantasi PTS: Lakukan Cross-over!
Apa itu cross-over?Baca tulisan Profesor Kecil Firdaus Ariff di sini.
Cross-over adalah strategi bisnes yang baik bagi meningkatkan jualan semua karya saudara-saudara sebagai satu tim.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Prof,
Adakah ciri crossover dalam novel? Setakat ini saya belum terjumpa lagi.
Ini idea bagus untuk novel-novel PTS!
——-
Michael Moorcock pernah melakukan crossover dalam siri novel Eternal Champion.
Assalamualaikum.
Wah, ini merupakan satu idea yang sangat menarik. Mungkin selepas ini kita dapat melihat cross-over novel-novel berikut, contohnya Budak Psikik+Kembar Terpilih, Penyiasat Ekstrovert+Siri Kembara Bistari, Futsal+Kaki Bola dan sebagainya.
Novel-novel bersiri kelihatan lebih sesuai kerana telah mempunyai pengikutnya sendiri. Komik-komik Marvel dan DC juga diterbitkan secara bersiri sebelum dilakukan cross-over.
Sebagai maklumat tambahan, Marvel dan DC juga pernah bergabung untuk menghasilkan cross-over watak-watak terbitan mereka. Mungkin juga kita dapat melihat gabungan PTS dengan penerbit-penerbit lain seperti KarnaDya dan lain-lain. Sebagai contoh, Matahara+Ninja Kunaharo atau Pengembaraan Suzaimi+Detektif Indigo.
Cuma, kalau di Malaysia mungkin timbul masalah hakcipta dan pembahagian royalti.
Post a comment