Thursday, February 22, 2007

Kerenah Menerbitkan Ayat Quran

Mana-mana penerbit yang menerbitkan kitab Quran amat beruntung.


Ciri utama buku 'evergreen' adalah fakta yang terkandung di dalamnya tidak berubah. Contoh buku evergreen yang paling sempurna di dunia ini adalah kitab Quran. Kandungannya tidak mengalami perubahan sama sekali.


Walau bagaimanapun, kerajaan Malaysia mengenakan lesen khas bagi menerbitkan dan mencetak Quran. Lesen itu dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Ada bahagian khas yang bertanggungjawab menguruskan perkara ini.


Jika saudara tidak mempunyai lesen itu, saudara tidak boleh menerbitkan Quran, walaupun saudara seorang hafiz dan penulis khat yang pakar.


Jika menerbitkan Quran yang lengkap memerlukan lesen khas, menerbitkan buku-buku yang di dalamnya terkandung ayat-ayat Quran pun tidak kurang kerenahnya.


Saudara tidak boleh menerbitkan mana-mana surah dalam Quran tanpa mendapat kelulusan daripada KDN terlebih dahulu. Jadi, saudara tidak boleh menerbitkan Surah Yasin, ataupun kitab muqadam, tanpa kelulusan KDN.


Saudara mesti menghantar kopi pruf buku itu ke KDN bagi diperiksa dan diluluskan.


Berapa lama KDN mengambil masa memeriksa pruf yang saudara hantar itu, ermm.... (faham-fahamlah sahaja).


.


.


 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Penerbitan Buku
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Komen Ainon Mohd. tentang Apa Profesor UM Kata Berkenaan Isu Buku Sastera Inggeris Previous entry: Awalan 'di'
alang kelana  on  02/23  at  12:36 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Buku “Di Bawah Payung Aishah” ada sedikit ayat-ayat Al-Qur’an, jadi bagaimana caranya untuk mengelakkan dari ‘tersangkut’ di dalam karenah hutan belantara ‘birokrasi’ itu, agar ianya dapat segera diselesaikan: keluarkan ayat itu, atau sebut sahaja surah dan ayatnya?
——-

Puan Ainon Mohd.  on  02/23  at  01:05 AM

Sheikh,

Apa yang dikawal oleh KDN adalah tulisan teks Arab ayat Quran itu bagi memastikan tidak ada kesilapan pada tulisan wahyu Allah.

Jika buku itu tidak mengandung teks Arab, KDN tidak ketat mengawalnya. Buku itu boleh diterbitkan dan diedarkan, sudah ada dalam kedai, baru diharamkan apabila isi kandungannya ‘tidak betul’ pada kacamata KDN.

Justeru buku yang hanya mengandungi ayat-ayat ‘mahfumnya’ tidak perlu dihantar ke KDN bagi mendapatkan kelulusan.

saifz  on  02/23  at  11:34 AM

Yang lucunya semasa saya hendak meng-order Qur’an tempoh hari di sebuah pustaka di Jalan Masjid India, apabila ditanya tentang Qur’an terbitan Indonesia, taukehnya bawa saya ke belakang…. dia panjat tangga, lalu mengeluarkan Qur’an-Qur’an yang disembunyikan di belakang produk-produk lain. Patutlah… rupanya dia hendak elakkan serbuan dari KDN rupanya…. menjual Qur’an jadi macam menjual VCD cetak rompak pula.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.