Saturday, November 07, 2009

Kerenah Pembeli Buku Kanak-kanak

Kanak-kanak tidak membeli buku. Buku kanak-kanak dibeli oleh si ibu. Justeru ibu-ibu mempunyai sudut pandangannya sendiri apabila memilih buku apa yang mahu dibeli untuk anaknya.

Buku yang disukai oleh si anak belum tentu disukai oleh si ibu, dan begitu juga sebaliknya.

Saya pernah membuat tinjuan rambang berkenaan bagaimana persepsi ibu-ibu Melayu sewaktu menilai kualiti buku cerita kanak-kanak. Dalam kes ini, saya perhatikan tingkah laku ibu bapa Melayu sewaktu memilih buku cerita kanak-kanak di kedai buku.

Pada satu peristiwa, ada satu stack buku cerita 4 warna yang dipamerkan. Beberapa kali buku itu dibuka oleh ibu-ibu, di-flip-flip halamannya, kemudian diletakkan semula.

Kepada salah seorang ibu itu saya bertanya, "Puan, apa kurangnya buku cerita itu?"

Dijawab olehnya, "Tidak bagus! Buat rugi saja kalau saya beli!"

"Mengapa, puan?" saya bertanya.

Katanya, "Lukisan sahaja yang banyak. Tulisannya sedikit sangat. Kita hendak anak kita belajar membaca, bukan tengok lukisan!"

Memang begitulah buku itu. Cuma ada 2 ataupun 3 ayat sahaja tercetak pada setiap halaman, barangkali disebabkan buku cerita itu ditujukan kepada budak yang baru sedang belajar membaca.

Apa yang dapat dipelajari daripada kata-kata ibu itu adalah, bagi si ibu, nilai buku untuk kanak-kanak adalah pada jumlah teksnya, bukan pada jumlah ilustrasi 4 warnanya...

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Panduan Cara yang Betul Penulis Mempromosi Dirinya dan Bukunya dalam Face Book Previous entry: Laut Biru Komik yang Syariah-compliant
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/13  at  10:08 AM

Assalammualaikum,
Itu mungkin pandangan daripada seorang ibu bukan daripada 10 atau 20 orang ibu. Ada ibu bapa yang mahukan anak-anak banyak membaca teks. Namun, mungkin beliau juga lupa bahawa kanak-kanak lebih tertarik pada ilustrasi. Teks yang terlalu padat untuk buku kanak-kanak akan membuatkan kanak-kanak cepat bosan. Kesimpulannya, buku kanak-kanak perlulah mempunyai jumlah ilustrasi yang seimbang dengan teks yang hendak disampaikan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: