Kerenah Peminat

Kalau sudah menjadi penulis novel berstatus selebriti, baju yang dipakai pun menjadi harta awam!
Pada majlis pelancaran novelnya yang ke-10 dengan PTS, semasa sesi soal jawab dengan peminat, seorang pelajar sekolah agama bertanyakan kepada Puan Ain Maisarah berapa harga baju yang dipakainya.
Puan Ain menjawab, "Sama dengan royalti yang Kak Ain akan terima apabila buku Kak Ain laku 300 naskhah!"
Seorang peminat lain bertanya di manakah baju itu dibeli. Lalu dijawab oleh Puan Ain bahawa baju itu dibeli di sebuah kompleks membeli belah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Nota: Foto dari kiri ke kanan: Novelis Kusyi Hirdan, Ain Maisarah dan Editor Cik Ann.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment