Kereta Baru Chef Hanieliza Hasil Royalti
Chef Hanieliza adalah penulis buku-buku masakan yang paling ngetop dalam pasaran.
Buku-buku Chef Hanieliza laku keras disebabkan terbukti apabila resipi beliau dicuba, memang jadi sedap. Inilah faktor yang mendorong jualan buku-buku beliau. Sesiapa yang pernah mencuba resipinya akan merekomen kepada rakan dan kenalan supaya membeli buku-buku beliau.
Beliau baru sahaja membeli kereta baru yang memudahkan beliau mengangkut alat-alat dan bahan masakan apabila perlu mengadakan majlis demo masakan.
Pada masa ini penulis mampu hidup selesa daripada hasil royalti buku-buku mereka. Namun penulis perlu mengambil kira banyak faktor apabila menulis buku supaya bukunya memenuhi kehendak pasaran.
Zaman penulis menulis demi kepuasan hati semata-mata sudah berlalu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum Puan Ainon, didoakan semoga dikurniakan kesihatan yang paling baik, dan dilapangkan semua urusan, amin.
Tahniah diucapkan buat chef, Puan Hanieliza.
Semenjak kali pertama membeli buku beliau, saya mahu menghimpun semua buku koleksi resepinya. Jika ke kedai buku, pasti nama beliau yang saya cari dahulu berbanding buku-buku chef lain.
Kekuatan pada buku resepinya :
- Menggunakan bahan yang mudah didapati, Kaedah memasak yang ringkas, cepat, dan praktikal.
- ‘Gerenti’ memang jadi, kerana saya sudah mencuba pelbagai resepinya.
- Bonus juga untuk gambar-gambar yang jelas dan menarik. Sungguh menimbulkan rasa lapar.
- Ada tips tambahan juga dibawah setiap resepinya. Ini ilmu tambah. ;D
- Paling penting harganya dan kualiti bukunya. Itu sudah pasti PTS, memang betul-betul buku!
Tahniah, moga terus maju dan lahir lagi dengan pelbagai resepi baru, enak, dan berkhasiat.
Post a comment