Thursday, August 16, 2007

Kereta Trainer: Isu “tricky”

Sebagai trainer, apakah model kereta yang bagus bagi bisnes saudara?

Ya... bagus bagi bisnes saudara... bukan bagus bagi diri saudara! Kereta yang bagus untuk ego saudara mungkin membahayakan bisnes saudara.

Bagi lelaki yang baru berhenti kerja daripada jawatan yang bagus, lalu membuka bisnes sendiri banyak yang terdorong cepat-cepat membeli kereta yang lebih mahal daripada kereta yang digunakannya sewaktu masih makan gaji.

Jika sewaktu makan gaji dia memandu Wira, lepas berhenti kerja dia cepat-cepat hendak memandu Waja, kalau boleh dia hendak memandu Perdana.

Jika dulu dia memandu Perdana, sekarang dia membeli Mercedes, biarpun Mercedes terpakai.

Mereka membeli simbol-simbol kejayaan. Ego mereka yang mahukan simbol-simbol itu. Bisnes mereka tidak memerlukan simbol-simbol itu.

Petua memilih kereta mana yang sesuai digunakan ke tempat di mana latihan diadakan:

(1) Jika kursus itu dihadiri oleh peserta 'top management', saudara datanglah dengan memandu kereta yang setaraf dengan kereta mereka.

(2) Jika kursus dihadiri oleh guru-guru, gunakan Perdana.

(3) Jika kursus dihadiri oleh mahasiswa, gunakan Waja.

(4) Jika kursus dihadiri oleh pelajar sekolah menengah, gunakan Waja.

(5) Jika kursus dihadiri oleh pelajar sekolah rendah, gunakan Wira.

(6) Jika kursus dihadiri oleh peserta UMNO, gunakan Perdana.

Nota1: SUV X-Trail sesuai digunakan dalam semua keadaan!

Nota2: Mercedes model lama tidak sesuai dalam semua keadaan...

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Bisnes Training
(12) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Diskusi Quran Saintifik Di Alamanda Putrajaya Sabtu, 18 Ogos 2007 Previous entry: Sabtu 18 Ogos 2.30 ptg MPH Alamanda Putrajaya: Dr. Danial Zainal Abidin
Saifuddin  on  08/16  at  04:32 AM

Bagaimana dengan motosikal? Sesuaikah? smile
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/16  at  04:37 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu.

Sesuaikah Trainer datang dengan menggunakan MOTOR HONDA EX-5 ?

Sebab, sebelum berjaya atau berupaya membeli kereta. Kenalah seseorang itu berdikit - dikit terlebih dahulu.

Terima Kasih.

MBA  on  08/16  at  04:41 AM

Wah banyaknya jenis kereta yang perlu digunakan oleh trainer…

Dulu semasa menjadi urusetia penceramah yang pesertanya adalah Ketua Pengarah dan Ketua Setiausaha Kementerian, penceramah terkenal ini datang dengan Kancil sahaja. Nama beliau menjadi sebutan ramai dan bertambah popular kerana sifat ‘zuhud’ beliau. Sebenarnya beliau mempunyai Mercedes.

Apa komen Sifu?

.

Tuan MBA-san (sudah ‘tuan’, dipanggil ‘san’ lagi!),

Tunggu… entri yang menerangkan perkara itu sedang ditulis…

Mohammed Zakir Husin Bin Mohammed Zahid  on  08/16  at  04:50 AM

Assalamualaikum Puan,

Kereta yang sedang saya pakai sekarang tidak termasuk dalam jenis kereta yang Sifu senaraikan.

Timbul pula rasa merendah bila mahu memenuhi jemputan sebagai penceramah.

.

Maaf, Pak Zakir!

Kereta nggak bisa “dipakai”, tapi bisa “digunakan”!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/16  at  05:29 AM

Nampaknya penceramah perlu mempunyai bilangan kereta sebanyak bilangan tudung isteri yang memakai mengikut kesesuaian majlis dan bajunya.

Nota1: SUV X-Trail sesuai digunakan dalam semua keadaan!

Puan, selain daripada SUV X-Trail ada lagi ke kenderaan jenis lain yang sesuai digunakan dalam semua keadaan?

Kepada yang ingin selalu bertukar kereta, jangan lupa hubungi syarikat yang menyewa kereta, anda boleh memilih kereta yang berlainan bagi setiap majlis. Bayar hanya ketika digunakan, selamat duit ansuran dan penyelenggaraan bulanan.

.

Dulu… sebelum ada model SUV X-Trail, saya memandu 4X4 Suzuki Vitara 3-pintu. Sesuai dalam semua keadaan.

Riduan Khairi  on  08/16  at  05:57 AM

Puan,

Sebelum ini saya pernah bekerja sebagai penyampai taklimat (20 minit satu sesi - nak dikatakan ceramah tidak sesuai) untuk sebuah badan bukan kerajaan. Audiensnya ialah guru-guru, pegawai-pegawai kerajaan dan pegawai-pegawai bank.

Saya dan rakan setugas yang lain hanya datang menaiki kereta kancil. Rakan saya letak kereta jauh-jauh. Tapi saya ‘buat kering’ letak kereta betul-betul depan pejabat.

Nampak macam biasa-biasa tapi selepas dengar taklimat perspektif mereka nyata berbeza.

Sampai sekarang saya sayang lagi kancil hijau saya itu (walaupun selalu buat hal).

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/16  at  05:59 AM

Assalamualaikum,

Seorang rakan yang berhenti guru dan menjadi kontraktor binaan berjaya menukar kereta dari Wira kepada Honda Accord dalam masa tidak sampai setahun.

Menurut beliau, kereta itu semacam keperluan tatkala melobi sambil membawa keluar makan personaliti tertentu di jabatan tertentu.

Katanya, mengunakan wira akan dianggap kurang berjaya yang juga membawa maksud tidak berkeupayaan serta tidak mempunyai modal kerja.

Bagaimanapun beberapa bulan lalu kereta beliau yang baru itu terlihat digunakan oleh orang lain yang berbangsa cina pula.

Menurut beliau, kereta itu cuma terlalu perlu ketika melobi dan tatkala projek sedang berjalan. Betulkah begini cara kerja pemilik syarikat kontraktor, saya kurang pasti.

Yang buat saya lebih ingin tahu bagaimana hebatnya ketua kampung (merangkap ketua cawangan ) saya yang merupakan seorang pesara tentera mempunyai mercedes dan Toyota Harier selain Wira.

Pesara yang telah 10 tahun bersara itu cuma membuka kedai runcit tapi kelihatan amat bergaya.

Inilah bertuahnya menjadi ketua kampung dalam kawasan orang terpenting di sesuatu negeri.

Tapi, saya tidak akan tabik spring kepadanya seperti yang saya berikan kepada penulis PTS yang berjaya dengan buku masing-masing.

jOnOs  on  08/16  at  06:04 AM

Salam hormat,

Seorang kenalan saya berbangsa cina.

- Rumahnya biasa-biasa sahaja.
- Berkeluarga sendiri dan mempunyai beberapa orang anak.
- Mempunyai perniagaan sendiri.
- Hanya berkereta Waja.

Setiap kali bertemu pelanggannya yang ‘korporat-korporat’, beliau menyewa kereta mewah. Hanya untuk sehari. Kadang-kadang selama 4-5 jam. Untuk dipandu ke tempat pertemuan.

Haiya! Saya tabik! Satu kali.

xara  on  08/16  at  07:01 AM

Hmm.. agaknya tuan-tuan syarikat sewa kereta perlu merapat-rapatkan diri dengan para trainer.. hehehe..

Sab2  on  08/16  at  09:34 AM

wa duhhhh, waduhhh!...

Mercedes tuaku (model lama) tidak sesuai ke mana-mana!
...satu -_-SE, satu lagi S_-_

Hendak buat macam mana Puan Sifu?

Nampaknya kena bawa /pinjam Kelisa anak bongsulah lepas ini…

Tabik ‘SuV’ Puan Sifu!
(tetapi bawa S_-_ itu selalu kena tabik!...)

.

Hahaha!! Memang saya buat nota itu buat senggol-senggol ego Tuan Sabtu…. Hahaha!!!

sab2  on  08/16  at  01:11 PM

Puan Sifu,

.....haha hahahhhh!

Memang sudah diduga! Sekali-sekali kena apa salahnya..
lagi pun pendidikan orang dewasa perlu beri contoh kepada alam nyata!

Memang benar apa yang Puan katakan itu… kereta yang dibawa itu sering menjadi pencetus - terbuka atau tertutupnya pintu rezeki…

Namun begitu, rezeki kita itu amat bergantung kepada keserasian pakej yang dipersembahkan, dibantu kuat kredensial yang ada; insyaAllah.

Salam.

Osman Affan  on  08/17  at  07:51 AM

Assalamualaikum.

Puan Ainon yang saya hormati.

Entah kenapa, melalui perbincangan mengenai kereta yang sesuai untuk trainer, saya boleh kesimpulan saya sendiri.

Kesimpulannya, apa sahaja kereta yang trainer pakai, akan jadi sesuai kalau trainer tu pandai membawa dirinya.

Mengapa? Sebab saya lihat Puan Ainon pakai SUV X-trail - sesuai untuk semua keadaan. Pakai Suzuki Vitara, sesuai untuk semua keadaan juga. Jadi yang menyebabkan kereta sesuai untuk semua keadaan ialah Puan Sifu sendirilah Ye? smile

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.