Kes Kejayaan RamlY Burger: Bersaing ataupun Flanking
Zaitun yang sudah besar pun masih dapat diketuk oleh ular besar sampai mati.
Akan berjayakah Ali Cafe diketuk sampai mati?
Selepas 30 tahun dalam pasaran, apakah yang menyebabkan tidak ada mana-mana pihak yang cuba mengetuk RamlY Burger sampai mati?
.
.
Akan berjayakah Ali Cafe diketuk sampai mati?
Selepas 30 tahun dalam pasaran, apakah yang menyebabkan tidak ada mana-mana pihak yang cuba mengetuk RamlY Burger sampai mati?
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya teringat kepada kaedah ‘Red Ocean, Blue Ocean’. Jangan jadikan perniagaan lain sebagai pesaing, jadikan mereka sebagai tidak relevan. Mungkinkah itu yang berlaku dalam dunia Ramly Burger? (Hukum DMnya salah..)
——-
Assalamualaikum,
Siapa pernah mengikuti seminar Al-Ries dan Jack Trout? Atau sekurang-kurangnya membaca buku mereka?
Menurut Guru pemasaran (pemasaran bukan penjualan—dua perkara berbeza) tersebut, “Akhirnya hanya ada 2 yang berada di atas.” Teorinya memang betul. Kita ambil skop yang kecil dulu di tempat sendiri, kemudian di Malaysia dan akhirnya dunia.
Di tempat sendiri—ada beberapa kedai runcit, mini market, supermarket, akhirnya hanya dua sahaja yang berada di atas, paling ramai pengunjung.
Tesco, Giant, Carrefour, Jusco, Cold Storage, masing-masing bersaing. Siapa yang berada dua teratas?
Celcom, Maxis, Digi, bersaing, siapa yang berada dua teratas?
Nikon, Canon, Sony, Lumix, Olympus, Pentax, Ricoh, Leica, semua bersaing, yang berada nombor dua teratas dari segi nama dan jualan kekal Nikon dan Canon.
Tapi jangan lupa, yang ketiga atau ke seratus boleh berada di atas, boleh menjadi dua teratas degan mencipta kategori sendiri.
Contohnya:
Yeos berada di atas dalam kategori minuman bukan cola dan tanpa gas. Drinho berada di atas dalam kategori tetra-pack.
Leica berada di atas dalam kategori kamera mahal.
Kari Adabi, Mak Siti berada di atas, namun Kari Baba’s mencipta kategori sendiri—kari mamak, kari India Selatan.
Di Malaysia, KFC dan McD berada di atas dalam kategori makanan segera meninggalkan A&W, Burger King, Merry Brown. Jika pengurusan A&W betul (paling kerap bertukar pengurusan) ia boleh mencipta kategori sendiri—minuman root beer paling sedap.
Mengapa Ramly Burger tidak ada atau kurang pesaing? Pada pendapat saya kerana ia sudah branding sebagai “Melayu dan Islam.” Sedikit masa dulu, banyak juga jenama burger “Melayu dan Islam” tetapi gagal untuk diteruskan.
Terima kasih. Bukan dari saya, saya hanya menyampikan ilmu dari Al-Ries, Laura Ries, Jack Trout.
Ramly tidak cuba bersaing.
Malah Ramly mencipta pasarannya sendiri ‘mat-mat burger tepi jalan’.
Ramly juga tidak menyerang pasaran lain melalui di media-media massa.
Jadi Ramly berjaya ‘bersembunyi’ daripada serangan balas gergasi.
Terima kasih Saudara Kang!
Perkongsian tentang ilmu pemasaran yang hebat.
Zaitun sekarang sudah ada semula dalam pasaran. Apakah ia sudah hidup kembali? Hidup sesudah mati? Atau separuh mati sahaja dulu.
Assalamualaikum,
Encik Saifz, Zaitun yang kembali dalam pasaran sekarang tidak sama dengan Zaitun Industries yang dahulu. Zaitun sekarang hanya tinggal nama. Pemiliknya sudah bertukar ganti.
Embun, barang zaitun yang ada dalam pasaran ini adalah 100% sama dengan barang dulu. Pemiliknya masih sama dan sudah keluarkan barang zaitun yang sama lagi. Saya tau sebab isteri sudah kerja dari sana dulu sampai sekarang.
Harap masa depan embun akan periksa apa yang embun tahu sebelum tulis di internet.
terima kasih
Post a comment